Abby VS Dr Asri - Ustaz Azhar Tegur Jangan Hina Ulamak Kalaupun Tidak Bersetuju

Bahayanya umat bila menganuti ajaran agama Pas, mereka akan menjadi golongan pelampau yang merasakan dirinya itu maksum tiada kesalahan dan hanya pendapat mereka sahaja yang betul, orang lain semuanya salah sekiranya berbeza pandangan dengan mereka. Jika ajaran Islam yang sebenar dianuti perkara sedemikian tidak akan berlaku. Malah lebih malang lagi terdapat pihak yang ilmu agamanya tidak seberapa tetapi lantangnya mengalahkan murai di pagi hari.

Merujuk kepada kenyataan balas yang dibuat oleh Abby Abadi terhadap Mantan Mufti Perlis Dr Asri Zainal Abidin berhubung Hukum Hudud, dakwaan Abby bahawa Mantan Mufti itu 'mempersoalkan hukum Allah' adalah satu tuduhan yang sangat berat keatas orang Islam, 'mempersoalkan' umumnya memahami mempersoalkan hukum Allah boleh membawa kepada kekafiran, dan siapa Abby Abadi untuk menghukum kafir keatas orang Islam, apakah niat Abby ingin menghukum kafir ? Jika ditanya mestilah Abby menjawab tidak berniat begitu, namun hakikatnya perkataan 'mempersoalkan' boleh membawa makna yang sedemikian, dan tidak timbul soal menghentam atau memaki,

Itulah budaya asuhan Pas, dan begitu juga dengan tuduhan Pas bahawa Umno menghalalkan judi, arak dsbnya, sedangkan menghalalkan apa yang haram itu boleh menjadi kafir, sebab tu lah Abby perlu belajar terlebih dahulu sebelum nak bercakap atau mengutarakan pandangan, ini soal hukum bukan boleh dimain-main.

Seperti contoh orang yang berzina dan orang yang menghalalkan zina, punyai dua maksud yang berbeza, apakah orang yang berzina itu hukumnya kafir sebagaimana orang yang menghalalkan hukum berzina ? menghalalkan zina hukumnya adalah kafir, namun orang yang berzina tidak sampai kepada kafir selain mendapat dosa besar akibat perbuatan zina itu.

Jika melihat kepada laporan akhbar mengenai kenyataan Abby, jelas disitu menunjukkan kejahilan Abby yang melampau bilamana menyebut "apa saja yang tertulis dalam al-Quran dan sunnah tidak boleh dibincang atau dipersoalkan". Tak boleh dipersoalkan tu betullah, tapi kalau tak boleh dibincang memang sesatlah mereka-mereka yang berfikiran demikian. Perlu difahami apa yang tercatat didalam Al-Quran punyai pelbagai maksud yang boleh ditafsirkan bersandarkan kepada ilmu, dan tidak ada siapa yang boleh mengatakan hanya pandangannya sahaja yang betul mengenai apa yang ditafsirkan itu, apatah lagi untuk mengkafirkan pandangan orang lain.

Jangan Abby ingat Al-Quran ni macam skrip yang dihafal untuk berlakon yang hanya mempunyai satu kefahaman didalam membawa sesuatu watak, Al-Quran tidak begitu. Ia perlu dipelajari malah didalami dengan lebih teliti serta  mengkaji dan melihat beberapa pandangan Ulamak dalam sesuatu hal yang hendak difahami dan dihukumkan itu, bukannya tengok satu bab jer terus nak hukum atau nak buat pelabelan terhadap seseorang, itu tidak betul dan boleh menyesatkan umat.

Kenyataan Mantan Mufti Perlis ialah “Apakah satu keadilan jika dua orang yang terlibat dengan kecurian, seorang dipotong tangan sedangkan seorang lagi dipenjara kerana berbeza agama?”.

Kerana kejahilan dan ketaksuban Abby dengan Pas sehingga terdetik mengatakan "mengapa dia (Asri)  berpelajaran tinggi tetapi mempersoalkannya", kerana detik hati itulah yang telah banyak menyesatkan Abby mengenai ajaran Islam yang sebenar, detik itu nyata datangnya dari syaitan dan bukannya ilham dari malaikat, dan sebab itu juga Abby lebih membenarkan apa yang dikatakan oleh Pas daripada apa yang dinyatakan di dalam Al-Quran. Kembalilah kepangkal jalan.

Suka Gk ingin jelaskan berdasarkan ilmu cetek yang dipelajari berkaitan Hudud untuk merujuk mengenai maksud kenyataan beliau itu, dan kenyataannya itu jauh sekali dari tanggapan yang dibuat Abby bahawa beliau mempersoalkan Hukum Allah melainkan beliau mempersoalkan hukum Pas, 

Dimana hukum Pas ? Hukum Pas adalah sepertimana yang Abby fahami bahawa hukum hudud hanya untuk orang Islam sahaja, tidak kepada orang bukan Islam, dalil yang diberikan oleh pemimpin Pas ialah, "kalau nak suruh orang bukan Islam pun kena juga hukum hudud, kenapa tak suruh juga mereka berpuasa, macam mana mana nak suruh ? sebab berpuasa hanya wajib keatas umat Islam dan tidak wajib keatas bukan Islam" dan mereka yang bukan Islam boleh memilih samada mereka inginkan Hukuman Hudud ataupun hukuman sediada,  Abby pun kata, "Ishh ya tak ya jugak kan, takkan hukum Islam nak kena juga pada orang bukan Islam".

Bagaimanapun Abby tak faham apa itu hidayah dan apa kaitan hidayah dengan Al-Quran,  tujuan apa diturunkan Al-Quran ? dan hukum hudud ni untuk dilaksanakan oleh individu ke atau oleh pemerintah, dan rukun Islam yang didalilkan seperti puasa itu untuk dilaksanakan oleh individu ke atau oleh pemerintah ? Sebab itu juga kita perlu belajar tinggi-tinggi supaya tidak silap menghukum, dan dalam pada mengaji tinggi pun tidaklah maksum dan turut terdedah kepada kesilapan apatah lagi kita yang jahil ini.
إِنَّآ أَنزَلۡنَآ إِلَيۡكَ ٱلۡكِتَـٰبَ بِٱلۡحَقِّ لِتَحۡكُمَ بَيۡنَ ٱلنَّاسِ بِمَآ أَرَٮٰكَ ٱللَّهُ‌ۚ وَلَا تَكُن لِّلۡخَآٮِٕنِينَ خَصِيمً۬ا
“Sesungguhnya Kami telah menurunkan Kitab kepadamu dengan membawa kebenaran, supaya kamu menghukum antara manusia dengan apa yang telah Allah wahyukan kepadamu” An-Nisa - 105

Kenapa hukum Hudud tidak wajib kepada orang bukan Islam menurut pandangan Pas ? setengahnya mereka menggunakan dalil didalam Alquran yang menyebut :

“Jika mereka datang kepadamu, maka hukumlah di antara mereka (dengan apa yang telah diterangkan oleh Allah) atau berpalinglah dari mereka dan kalau engkau berpaling dari mereka maka mereka tidak akan dapat membahayakanmu sedikitpun dan jika engkau menghukum maka hukumlah di antara mereka dengan adil; kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil. al-Maidah - 42

Penafsirkan ayat ini difahami mereka bahawa Allah memberi pilihan kepada orang kafir sama ada untuk menerima hukum hudud, qisas dan ta'zir atau memilih untuk berhukum dengan hukum mereka yang sediaada.

Sebaliknya pandangan rata-rata Ulamak membuat tafsiran bahawa Allah memberi pilihan kepada Rasulullah (sebagai Ketua Negara) bukannya memberi pilihan kepada orang kafir,  dan Pilihan yang diberi itu adalah sama ada untuk menghukum orang kafir (fahkum) dengan hukum Islam atau berpaling dari mereka (a’ridh), dan bukannya pilihan untuk berhukum dengan hukum Islam ataupun berhukum dengan hukum yang sediada (Bukan hukum Islam). ‘Berpaling’ maksudnya tidak menghukum (membiarkan) mereka.

Sekali lagi ingin dijelaskan kesimpulannya bahawa ayat ini ditujukan kepada Rasulullah (sebagai Ketua Negara) dan Allah memberi pilihan kepada Rasul sama ada ingin menghukum kesalahan mereka dengan hukuman Allah atau membiarkan mereka tanpa dihukum, dan pandangan beberapa ulama muktabar berkenaan dengan hukum fiqh yang mereka istinbat dari ayat tersebut seperti berikut :-

Ibnu Kathir menyatakan: Jika mereka (orang kafir) datang kepada kamu (iaitu) untuk meminta pengadilan dari kamu, maka hakimilah antara mereka, atau biarkan mereka. Jika kamu berpaling daripada mereka, maka mereka tidak akan dapat membahayakanmu sedikit pun. Maka tidak mengapa untuk kamu tidak mengadili persengketaan di antara mereka kerana sebenarnya mereka tidak berniat untuk berhukum kepada kamu berdasarkan hak, tetapi mereka inginkan apa yang sesuai dengan hawa nafsu mereka [Ibnu Kathir, Tafsir Al-Quran Al-Azhim]. 

Qusairy menyatakan: Tidak wajib ke atas kita untuk mengadili di antara mereka bila mereka bukan kafir zimmi tetapi kita boleh mengadili mereka jika kita mahu [Imam Al-Qurthubi, Al-Jami’li Akhamil Quran]. 

Sa'id bin Jubair menjelaskan: Jika mereka (orang Yahudi) datang kepadamu (untuk meminta keputusan), maka putuskanlah (perkara itu) di antara mereka atau berpalinglah dari mereka. Dalam ayat ini Allah memberikan keluasan bagi seorang hakim untuk memilih antara memutuskan perkara mereka atau tidak menghukum, dan membiarkannya terkontang-kanting [Ibnu Jawzi, Nawasikhul Qur’an].

Banyak lagi terdapat hujah-hujah dan dalil yang menjelaskan mengenai perkara itu, namun entah bagaimana tafsiran yang dibuat oleh Pas itu lebih memberi keistimewaan kepada orang bukan Islam untuk membuat pilihan bukannya kepada pemerintah untuk menentukan hukuman atau langsung tidak menghukum mereka...Anda Mampu Mengubahnya...


4 comments:

  1. Abby pun ulama apa? Bukan ke bila masuk PAS boleh ceramah sikit, hentam dan buat fitnah sikit terus naik taraf ustazah?

    ReplyDelete
  2. sebenarnya abby masih dangkal tentang ilmu agama. baru beberapa bulan je belajar serius tentang islam. lahir dulu memang islam tetapi kurang mengamalkan islam. serupa jugak dgn begitu ramai umat islam di negara ini. pd ic saja islam, amalan...runcit runcit. jd untuk tidak menampakkan kita kurang ilmu agama, bersederhanalah. jgn cuba mengeluarkan kenyataan yg akhirnya akan menampakkan kebodohan dan kejahilan kita. belajar lagi dan lagi dan lagi....baru boleh bercakap.

    ReplyDelete
  3. “…….Dan janganlah kamu menukar ayat-ayat-Ku dengan harga yang sedikit. Barangsiapa yang tidak menghukum menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang kafir.” Surah Al Ma’idah : 44

    Dalam Al Quran pon ada kata barangsiapa yang tidak menghukum menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang kafir.jadi apa guna ada mufti klau berdiam diri mcm tikus tkut ke kucing.

    ReplyDelete
  4. Penulis pun dangkal jugak kalau dilihat dari sudut penulisan. Baik la contact Abby terus dari penulisan macam ni. Kalau Abby berdosa dengan Dr Asri, penulis berdosa dengan Abbg. Tak ke mana2 pun. Nak tunjuk pandai benda2 mcm ni, pergi la approach terus orang tu and guna perkataan yang baik2.

    ReplyDelete

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...