Nik Aziz: Bajet 2013 Jahil Dan Punca Berlaku Jenayah Bukan Bajet Rohani

KOTA BHARU - Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, menyifatkan Bajet 2013 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri semalam, masih bernada sama tidak membawa manusia pada ketaqwaan.

Menurutnya, kerajaan masih ‘menggula-gulakan’ rakyat dengan kebendaan, jauh mengajak manusia bagaimana untuk membawa manusia bertaqwa pada Allah.

Beliau berkata demikian kepada Harakahdaily di kediamannya di Pulau Melaka pagi tadi untuk mengulas belanjawan yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak semalam.

Sambungnya, ketika meneliti pembentangan belanjawan oleh Najib Tun Razak, langsung tidak ada perkara baru khususnya belanjawan kerohanian, selain memberikan rakyat dengan harta kebendaan semata-mata.

Nik Aziz seterusnya berkata, jenayah yang berlaku dalam negara, sama ada bunuh, ragut, samun, rompak, rasuah dan berbagai lagi semuanya berlaku akibat salah Umno yang tidak mengajak rakyat untuk bertakwa.

“Inilah natijah yang akan diterima rakyat kalau pentadbir negara hanya pentingkan dunia dari akhirat.

“Apa yang berlaku itu juga kerana Umno mengasingkan agama dari politik, selagi keduanya diasingkan selagi itulah nyawa manusia atau harta tidak akan selamat,” ujarnya yang juga Mursyidul Am PAS.

Katanya, semuanya sama sahaja selagi mengabaikan tanggungjawab kerohanian pada rakyat sama ada kerajaan Malaysia atau Timur Tengah, sekiranya membelakangkan tuntutan agama, negara tidak akan aman.

Tambah Nik Aziz lagi, biar sebanyak mana sekalipun belanjawan dibentangkan sama ada di Parlimen, Dun, ianya tidak akan berjaya sekiranya langsung tidak membentuk jiwa manusia.

“Nabi sendiri telah ditawarkan bajet kesenangan dunia iaitu perempuan, pangkat, harta asalkan tinggal Islam, bagaimanapun Rasulullah menolaknya kerana agama suci ini penyelamat manusia di dunia hingga akhirat,” ujarnya.
"Nik Aziz ni sakit jiwa doh kalih"

10 comments:

  1. Mm bukan byk org jahat buat onar kat negeri lain tu dari Kelantan ke?

    ReplyDelete
  2. Funny...
    Org yg x bina mesjid pon sepanjang perintah kelantan sound org lain yg tolong bina,kn...
    Sedang d selangor byk pusat maksiat ade...
    Pe ko buat nik ajiz?

    ReplyDelete
  3. apa2lah atok..atok bukan tau apa2pun...komen jek pandai..urus ajelah bajet sendiri..brape hlai nk bli serban..brape ela serban nak pakai...elok kira yg itu aje....

    ReplyDelete
  4. Nie lah ayat dari org bodoh...org soh belajr psl ilmu politik, ekonomi x mau...bajet nie kira investment govn utk modal insan. Pastu utk mnggalakkn pertumbuhan dr segi produktivit oleh middle class income selain bero value add utk golongan belia supaya searus dgn peredaran zaman sbb diorg nilah yg control purchasing power, so bleh create market trendng supaya investor luar tau kt Malaysia boleh survive golongan nie. Kalo ikut cara kelantan smpi skng mundur, smpai skng x ikut jgk perundangan Islam....bodo ke x neek najees nie? Layak ke x nk komplen ekonomi yg agak kompleks nie? Tahu ke neek najees nie psl pentadbiran negara? Asik nl komplen ngn dengki jer kejanya, bila soh buat satu apa pun x jadi...

    ReplyDelete
  5. Harap ade ilmu agame tp xtau memimpin..ntah2 ilmu agama pon stakat mane je... Kalau rakyat senang dah xde la isu org nak mencuri ke hape...bukan ke kebajikan rakyat tu penting..

    ReplyDelete
  6. setahu aku negara meskin lagi byk jenayah. mcm2 boleh belaku mencuri, membunuh,melacur dan mcm2 lgi yg membuat mereka kufur. rasullah membahgi harta perang utk rakyat miskin secara yg adil dan tidak mrngambil harta bukan hak miliknya. apa lagi mengambil harta supaya meningal agama.rasullah juga tidak menjual agama kerana politik. pok nik membeli pkr dan dap untuk menjual agama demi pangkat, kesenangan, kemegahan dan putrajaya.politik pok nik pun dah tak kemana, kena sergah pun boleh pengsan sakit jantung. dah tak layak naj jadi perdana menteri malaysia.nak berjalan pun dah tak larat kena guna tongkat keramat, itu pun dah nak kena lelong sebab dah tak larat bayar bulan.kesihan ya....

    ReplyDelete
  7. PAS dah perintah Kelate lebih 20 tahun. Cuba beri satu misalan BUDGET ROHANI yang pernah Nik Aziz buat?? Najib nak belajar cara bajet rohani ni...bukan najib aje,...bajet PR Nuar Berahim pun ada tak ciri bajet rohani????

    ReplyDelete
  8. Gua sokong Anon September 29, 2012 2:28 PM, lu mmg btul bro. Walaupun Govn beri macam2 kt golongan belia, dan low class income, tp cuba gunakan otak impact nya. Gua bagi contoh la soh nik ajis nie pikir. Govn bg rebat smartphone, dia nak galakkan penembusan celik IT, Govn nak rolling market/ products dengan adanya perbelanjaan dr target market (belia, org tua x minat sgt smartphone diorg x akan beli pun gajet canggih), so bila market ada movement, Govn juga akan dapat tempias melalui tax dr imported phones/ parts. Nampak x pusingan modal cmner? at least Ringgit Malaysia mesti di rollingkan dalam domestic market supaya ada trading activities, bila ada trading activities, supplier untung, dealer untung, customer dapat rasa new products memalui rebat, Govn bleh dapat kutip tax. In the end, win-win situation. Ini baru simple ekonomi, blum citer lg bab tax exemption, special tax bagai2. nik ajis tau ke bnda2 mcm nie? Negara Malaysia x boleh nak hidup/ survive kalau pemimpin/ governor asik dok pikir dolak-dalik hukum hudud memanjang, dok kalut hukum hudud samapai dah 20 tahun lebih x buat2 jugak kt kelantan. bodo ke apa kerajaan kelantan cmtu? polemik isu hudud x abis2?asik salahkan org len bila x buat hukum hudud. Soh lah org2 politik yg x tau psl ekonomi/ mentadbir negara tue pegi amik tahu sikit bab2 sains politik/ ekonomi/ management/ marketing etc utk mentadbir negara, jgn asik jadi bodo selamanya, dah la tue, bodo sombong plak tue, asik salahkan/ kutuk org len x mau mengaku/ belajar utk berjaya.

    ReplyDelete
  9. Kalau TGNA bagus sangat kenapa Kelantan tidak membangun, air masih kotor, rakyat Kelantan masih merantau cari rezeki dinegeri orang dan membuat jenayah di negeri orang lain, Kelantan adalah negeri tertinggi HIV, ramai rakyat kelantan menjalankan kerja menyeludup barang ke seberang untuk mencari rezeki, banyak pusat maksiat samada terbuka mahupun tertutup di Kelantan.

    Adakah semuanya ini disebabkan TGNA terlalu sangat menyeru serta mewar-warkan ajaran yang betul sehingga Rakyat kelantan sendiri tidak betul malahan PAS dilihat mengikut bontot DAP dan PKR bukannya mentarbiah mereka tapi ditarbiah sehingga macam burung belatuk sahaja PAS jadinya.

    ReplyDelete
  10. si-tua kutuk gila ckp tak serupa bikin.

    ReplyDelete

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...