ADAM ADLI SERONOK BERKHEMAH, SIAPA BERANI HALANG ?

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) hari ini mahukan kira-kira 30 mahasiswa yang berkhemah di Dataran Merdeka sejak semalam bagi menuntut pemansuhan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) berpindah daripada kawasan itu.
Kelihatan pegawai penguatkuasa menemui mahasiswa dan mengarahkan mereka mengosongkan kawasan itu bagi memberi laluan kepada konsert diraja malam ini.

Mahasiswa diberitahu, menurut undang-undang, tiada sesiapa dibenarkan memasang sesuatu struktur di kawasan tumpuan pelancong itu tanpa kebenaran datuk bandar.

Setelah berbincang, mahasiswa bagaimanapun memutuskan enggan berpindah selagi tuntutan mereka tidak didengar.

Aktivis Adam Adli Abd Halim berkata, terpulang kepada DBKL jika mahu merampas barang mereka atau menghalau mahasiswa, tetapi mereka tetap akan kembali untuk berkhemah malam ini.

Kumpulan itu merancang berkhemah di Dataran Merdeka sehingga perhimpunan BERSIH pada 28 April ini.

Mereka antara ratusan yang berhimpun di ibu negara petang semalam bagi menyatakan penolakan kepada PTPTN dan menuntut perdidikan percuma hingga ke peringkat pengajian tinggi. - Malaysiakini

7 comments:

  1. Budak rosak akhlak....

    ReplyDelete
  2. Wahai Adam Adli dan penyokongnya...GUNA LAH HAK BERFIKIR SEBELUM GUNA HAK BERSUARA !!!

    ReplyDelete
  3. Dia orang ni mana faham undang2......mereka suka jika negara hura-hara dan langsung tak menghormati orang......Tengoklah pemimpin mereka, raja2 pun dipersendakan....

    ReplyDelete
  4. biorkan je jgn layan. Bior dia berpeluh kt si2 hari2. Ingat best sgt ke panas nak mampos kt si2. Najib xpayah layan byk lg keja berfaedah nak buat.

    ReplyDelete
  5. ini kalau test urine kompom sangkut.....

    ReplyDelete
  6. Wwy...Adam Adli terang-terang nak selamatkan negara..apahal korang ni bodoh lagi dari lembu lembu !...buka mata sikit oii !!

    ReplyDelete

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...