AKHIRNYA HUDUD TERLAKSANA DI KELANTAN DENGAN REKABENTUK JAWATANKUASA TEKNIKAL

KOTA BHARU - Kerajaan Pas Kelantan bersetuju membentuk jawatankuasa teknikal pelaksana Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) Kelantan yang akan dipengerusikan oleh Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah negeri, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah ketika memaklumkan perkara itu berkata, jawatankuasa itu dianggotai 19 ahli dari kalangan profesional termasuk beliau sendiri selaku Timbalan Pengerusi 1 dan sekiranya perlu keahlian mungkin ditambah.

Beliau berkata, ahli jawatankuasa yang lain antaranya Ketua Hakim Syarie, Datuk Daud Mohamad; Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad; Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan, Datuk Che Mohd. Rahim Jusoh dan Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman



Menurut Mohd. Amar, peranan jawatankuasa itu antara lain mengkaji kemungkinan kepada pelaksanaan enakmen itu berikutan wujud pandangan mengatakan ia boleh dilaksanakan tanpa perlu meminda perlembagaan dan undang-undang sedia ada.

"Jadi, antara tugas (jawatankuasa) ialah mengkaji kemungkinan yang ada dan ruang-ruang dan kalau ada mereka akan memberi cadangan-cadangan kepada kerajaan.

"Kerajaan tidak beri jangka masa kepada jawatankuasa bila ia bersidang (buat) kali pertama, mungkin ia akan selesaikan 'terms of reference' dan sebagainya," katanya selepas mesyuarat mingguan Exco di sini, hari ini.

Pada 7 Oktober lalu, Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengumumkan satu jawatankuasa pelaksana hukum hudud akan ditubuhkan selepas didesak pelbagai pihak.

Menurut beliau, jawatankuasa itu ditubuhkan bagi menentukan bagaimana Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) Kelantan 1993 bakal digazetkan untuk pelaksanaan serta penentuan semua perkara berkaitan seperti pelantikan hakim.

Mengulas lanjut, Mohd. Amar berkata, wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tidak dilantik menganggotai jawatankuasa berkenaan kerana kerajaan sudah memberi mereka ruang untuk mengemukakan pandangan dan tumpuan kini diberikan kepada golongan profesional yang berkaitan.

"Hari ini, Exco buat keputusan dan kita akan buat surat (pelantikan) serta terserah pada masing-masing untuk terima atau tidak. Yang penting, apa yang kita nak buat adalah dalam kerangka undang-undang.

"Polis dan penjara terlibat kerana (melibatkan) soal penguatkuasaan. Kalau enakmen boleh dilaksana dari segi undang-undang, tentu ada penguatkuasaan dan di situ peranan polis dan penjara," katanya. Petikan berita bertarikh 24 Oktober 2011.

22 tahun rakyat Kelantan menunggu perlaksanaan hukum Hudud namun sehingga hari ini tiada apa-apa tindakan susulan terhadap Hukum Hudud. Kenapa Pas tidak adakan demontrasi untuk perlaksanaan Hudud ini sepertimana demontrasi Bersih dsb, Benarkah Pas nak laksanakan Hudud ni ??? Akan menyusul......

12 comments:

  1. Keh keh keh... ini berita 6-7 bulan lepas. La ni pengerusi j/kuasa asyik sibuk mengalahkan tugas seorang perdana menteri. Hudud akan didendangkan semula di waktu berkempen pilihanraya nanti. Masa tu pengerusi j/kuasa hudud alagaPAS banyak waktu senggang....

    Kuat betul diorang punye kencing... HANCING beb...!!!!

    ReplyDelete
  2. Selasa, 25 Oktober 2011 00:29
    Oleh Razmal Malakan

    KOTA BHARU - Pada tahun 1993, undang-undang hudud diluluskan di Kelantan.

    Baik wakil rakyat Pas, UMNO, Semangat 46 dan Berjasa semuanya menyokong undang-undang tersebut.

    Hansard Dewan Undangan Negeri Kelantan adalah bukti UMNO dan semua wakil rakyat ketika itu tidak menolak hudud.

    Namun selepas 18 tahun, undang-undang tersebut diluluskan baru semalam Pas berkira-kira untuk menubuhkan Jawatankuasa Teknikal Enakmen Jenayah Syariah ll (Hudud), bagi membuat kajian tentang hukuman itu dapat dijalankan.


    Agak lucu kenapa baru sekarang jawatankuasa tersebut mahu ditubuhkan dan jika bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamed menjadi penghalang kenapa tidak pada tahun 2002 ketika beliau berundur Pas terus mengambil kesempatan untuk melaksanakannya.

    Dan jika Pas benar-benar serius sudah tentu ada peruntukkan khusus untuk hudud dibentangkan dalam Bajet 2012 dan bukannya bajet untuk sambutan Hari Hudud.

    Hakikatnya Pas tidak serius untuk laksana hudud, ia hanya gula-gula untuk memancing undi ketika musim pilihan raya.

    Hudud amat dekat dengan orang Islam, maka kesempatan ini harus diambil sepenuhnya.

    Pas juga mengetahui hudud tidak dapat dilaksanakan dalam masa terdekat kerana terlalu banyak perkara perlu diselesaikan oleh jawatankuasa tersebut.

    Maka hudud akan terus dibiarkan terapung agar ia sentiasa dapat dimanipulasikan untuk kepentingan politik- KELATEKITO.NET

    ReplyDelete
  3. 29 Januari 2012

    IRWAN MUHAMMAD

    JALAN SULTAN IBRAHIM – Kerajaan Pas Kelantan terus mengulangi retoriknya dalam isu pelaksanaan hukum hudud di negeri ini apabila mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Hudud yang ditubuhkan Oktober tahun lalu masih gagal diadakan.

    Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah negeri, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah berkata, kerajaan masih dalam proses akhir menentukan terma rujukan perbincangan yang akan menjadi fokus dalam mesyuarat sebelum ia dapat diadakan.

    “Kita mengambil masa sebab perlu terlebih dahulu menyiapkan terma rujukan yang sedang diuruskan oleh Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pembangunan Maklumat, Sains dan Teknologi negeri, Dr. Mohamed Fadzli Hassan.

    “Kita juga belum mendapat jawapan rasmi daripada beberapa pihak yang dilantik menganggotai jawatankuasa itu sama ada menerima atau menolak, kita harap semua memberi kerjasama kerana tujuan kita adalah untuk berbincang bersama-sama.

    “Tarikh untuk mesyuarat itu nanti akan ditentukan oleh Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob selaku Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Hudud,” katanya.

    Mohd. Amar berkata, kerajaan dalam mesyuarat Exco, Rabu lalu memutuskan menambah dua lagi ahli jawatankuasa menjadikan jumlah keseluruhannya 22 orang daripada 20 yang dilantik sebelum ini.

    “Dua orang yang akan dimaklumkan secara rasmi itu adalah bekas Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abas dan Prof. Dr. Abdul Aziz Bari,” katanya.

    Antara nama yang disenaraikan sebagai ahli jawatankuasa adalah Ketua Hakim Syarie, Datuk Daud Mohamad; Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad; Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan, Datuk Che Mohd. Rahim Jusoh; Ahli Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd. Yusof dan Senator Mumtaz Md. Nawi.

    ReplyDelete
  4. 4 November 2011

    Kelantan lantik 20 ahli Jawatankuasa Teknikal Hudud

    KOTA BHARU 3 Nov. - Mesyuarat Exco kerajaan Pas Kelantan semalam baru sahaja mengesahkan pelantikan 20 ahli Jawatankuasa Teknikal Hudud yang akan dimaklumkan dengan surat pelantikan masing-masing dalam masa terdekat.

    Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah negeri, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah berkata, mesyuarat Exco juga memutuskan melantik Ahli Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd. Yusof ke dalam jawatankuasa sebagai tambahan kepada 19 orang yang dicadangkan sebelum ini.

    Namun, ketika ditanya tarikh mereka akan dipanggil untuk bermesyuarat, Mohd. Amar berkata, sebarang gerak kerja hanya dapat dilakukan setelah pihaknya menerima jawapan daripada ahli dilantik sama ada bersetuju atau tidak untuk terlibat dalam jawatankuasa tersebut.

    "Jawatankuasa Teknikal Hudud belum lagi buat mesyuarat kerana pihak Exco baru sahaja mengesahkan pelantikan mereka dan kita dalam proses menghantar surat.

    "Kita kena tengok jawapan mereka dahulu sama ada setuju atau tidak sebelum Pengerusi Jawatankuasa memanggil mereka untuk mesyuarat," katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi di sini, hari ini.

    Katanya, pelantikan Siti Zailah menjadikan Jawatankuasa Teknikal Hudud bakal mempunyai dua ahli jawatankuasa wanita termasuk Senator Mumtaz Md. Nawi.

    Beliau berkata, ahli jawatankuasa yang lain antaranya Ketua Hakim Syarie, Datuk Daud Mohamad; Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad; Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan, Datuk Che Mohd. Rahim Jusoh; Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman dan Pengarah Penjara Kelantan, PKP Hussin Johari.

    Pada 24 Oktober lalu, kerajaan Pas Kelantan bersetuju membentuk jawatankuasa teknikal pelaksana Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) Kelantan yang akan dipengerusikan oleh Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob.

    Mohd. Amar dilaporkan berkata, jawatankuasa itu dianggotai 19 ahli dalam kalangan profesional termasuk beliau sendiri selaku Timbalan Pengerusi 1 dan sekiranya perlu keahlian mungkin ditambah.

    Menurutnya, peranan jawatankuasa berkenaan antara lain mengkaji kemungkinan pelaksanaan enakmen itu berikutan wujud pandangan mengatakan ia boleh dilaksanakan tanpa perlu meminda perlembagaan dan undang-undang sedia ada.

    ReplyDelete
  5. 28 Januari 2011

    Pas Kelantan belum adakan mesyuarat hudud

    KOTA BHARU 27 Jan. - Jawatankuasa Teknikal Hudud Kerajaan Pas Kelantan yang diumumkan penubuhannya Oktober tahun lalu, belum lagi dapat mengadakan mesyuarat kerana tidak menerima jawapan rasmi daripada beberapa pihak yang dilantik sebagai ahli seperti Ketua Polis Negeri dan Pengarah Penjara Pengkalan Chepa.

    Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah negeri, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah berkata, terdapat laporan mereka tidak bersetuju namun pihaknya tidak menerima surat balasan rasmi dan masih mengharapkan kerjasama semua pihak.

    Pada masa sama, katanya, kerajaan juga masih dalam proses akhir menentukan terma rujukan perbincangan yang akan menjadi fokus dalam mesyuarat sebelum ia dapat diadakan.

    "Kita mengambil masa sebab perlu terlebih dahulu menyiapkan terma rujukan yang sedang diuruskan oleh Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pembangunan Maklumat, Sains dan Teknologi negeri, Dr. Mohamed Fadzli Hassan.

    "Kita juga belum dapat jawapan rasmi daripada beberapa pihak sama ada menerima atau menolak, kita harap semua memberi kerjasama kerana tujuan kita adalah untuk berbincang bersama-sama.

    "Tarikh untuk mesyuarat itu nanti akan ditentukan oleh Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob selaku Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Hudud," katanya.

    Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditanya perkembangan terkini jawatankuasa teknikal itu selepas menyampaikan kuliah Jumaat di hadapan pejabat Badan Perhubungan Pas negeri di sini hari ini.

    Mohd. Amar berkata, kerajaan dalam mesyuarat Exco, Rabu lalu memutuskan menambah dua lagi ahli jawatankuasa menjadikan jumlah keseluruhannya 22 orang daripada 20 yang dilantik sebelum ini.

    "Dua orang yang akan dimaklumkan secara rasmi itu adalah bekas Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abas dan Prof. Dr. Abdul Aziz Bari," katanya.

    Antara nama yang disenaraikan sebagai ahli jawatankuasa adalah Ketua Hakim Syarie, Datuk Daud Mohamad; Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad; Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan, Datuk Che Mohd. Rahim Jusoh; Ahli Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd. Yusof dan Senator Mumtaz Md. Nawi.

    ReplyDelete
  6. Terkini:

    Hudud: Mesyuarat teknikal masih tertangguh

    KOTA BHARU 18 April - Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Hudud kerajaan Pas Kelantan masih gagal diadakan sehingga kini meski pun telah ditubuhkan sejak Oktober tahun lalu.

    Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah negeri, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah berkata, beberapa tarikh mesyuarat telah dicadangkan sebelum ini namun ditangguhkan kerana kesibukan Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakub.

    Menurut beliau, Ahmad yang juga Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Hudud mempunyai pelbagai komitmen lain dan mesyuarat jawatankuasa itu hanya boleh diadakan dengan kehadiran Ahmad.


    “Kita tidak bimbang sekiranya dikritik lambat mengadakan mesyuarat kerana pada asasnya Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) Kelantan 1993 sudah lama kita gubal dan sahkan.

    “Apa yang tinggal sekarang hanyalah daripada sudut teknikal, maka tidak menjadi masalah jika ia mengambil sedikit masa,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

    ReplyDelete
  7. hudud oh hudud. hukum Allah terus jadi mainan dek kerana pembohongan Pas yg berselindung disebalik kapal sim

    ReplyDelete
  8. Sorry kronologi tak dapat mengikut susunan, tapi kalau disusun elok-elok kita boleh nampak pembohongan demi pembohongan, alasan demi alasan yang diberikan oleh pemimpin hamPAS dalam isu jawatankuasa teknikal hudud ni. Selepas 18 tahun baru nak kenalpasti bagaimana nak MELAKSANAKAN ENAKMEN yang mereka sendiri usulkan dan dapat persetujuan dari seluruh ADUN-ADUN yang hadir. Tapi macam biasa la, kalau ulama sebenar yang berkata-kata ia pasti akan kotakan walaupun sesusah dan sepayah mana.... TAPI INI ULAMA YANG SANGGUP BERKAWAN DENGAN SYAITAN YANG BERKATA-KATA, hanya penipuan yang keluar untuk menutup penipuan yang sebelum ini.....

    dari..
    Anonymous Apr 20, 2012 06:00 AM
    Anonymous Apr 20, 2012 06:03 AM
    Anonymous Apr 20, 2012 06:05 AM
    Anonymous Apr 20, 2012 06:07 AM
    Anonymous Apr 20, 2012 06:12 AM
    Anonymous Apr 20, 2012 06:15 AM

    ReplyDelete
  9. Ada ke perkara besar macam ini dia cakap setahun ke dua tahun. Patut mesti ada perancangan yang rapi yang mesti ada apa yang henda di buat dan bila. Baharulah nampak yakin kami ynag menunggu bila perlaksanaan nya.

    ReplyDelete
  10. bagi aku pekara besar sebegini atau orang putih kata core business, tak kirala TDM setuju ker tidak, tapi penyelidikan, kajian menadalm, persiapan hudud mesti diteruskan...bila peluang tersedia...WHolaaa...semuenyer tersedia, teratur dan tersusun....ini dah bertahun2 baru nak tubuh jawatankuasa itu -ini, baru nak kaji itu-ini.....habih selama ni buat apa ek?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buat lendir bersama pemimpin hamPAS. Tak kira dimana sahaja.... dalam keretapi, dalam bilik hotel, atau disempadan Thai.....

      Delete
  11. sultan brunei sudah memberikan ulasan mengenai hukum hudud,, dan baginda mengatakan siapakah kita untuk melambatkan atau menanguhkan hukum allah??? hukum allah hendaklah dilaksanakan sekiranya negara itu negara islam,, bukan islam hanya pada nama,dan sesiapa yang beragama islam menolak hukum hudud di kira kafir,, renungkanlah,,

    ReplyDelete

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...