JIKA PESARA TENTERA GEMBIRA BN KELANTAN AKAN MERANA

Saya selaku Presiden Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) menyambut baik usaha kerajaan PAS Kelantan hendak menganugerahkan tanah kepada anggota bekas tentera di negeri ini.
Tidak dapat saya gambarkan betapa gembiranya saya sekiranya usaha kerajaan negeri ini menjadi kenyataan, kerana memberi erti perjuangan PBTM untuk membela nasib bekas tentera selama ini mendapat perhatian serius kerajaan negeri. Mengikut senarai yang direkodkan oleh PBTM Kelantan, ada kira-kira 65,000 ahli bekas tentera yang telah berdaftar dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai pendaftar pengundi.
Bagaimanapun, saya percaya masih ramai lagi bekas tentera bersama ahli keluarga mereka belum mendaftar, yang mungkin disebabkan kegagalan PBTM mengesan mereka, atau mereka enggan menjadi ahli persatuan atau ada sebab-sebab tertentu yang saya tidak ketahui.
Daripada jumlah itu, kira-kira 15,000 adalah bekas tentera yang juga ahli kepada PBTM Kelantan. Mereka ini sebenarnya boleh menjadi penentu kepada seseorang calon untuk menang atau sebaliknya pada Pilihan Raya Umum (PRU 13) ini.
“Saya mendapat tahu hasrat kerajaan PAS Kelantan nak anugerahkan tanah kepada bekas tentera ini melalui media. Saya sendiri secara rasminya belum dimaklumkan mengenai perkara ini.
“Tetapi adalah lebih baik kerajaan negeri mendapatkan maklumat atau laporan tepat mengenai jumlah, keadaan dan lokasi di mana bekas tentera ini tinggal daripada PBTM Kelantan. Mendapatkan maklumat daripada pihak lain mungkin kerajaan negeri akan peroleh laporan tidak tepat dan akan timbul masalah kemudian hari,” katanya mengulas hasrat kerajaan PAS Kelantan akan menganugerahkan tanah sekurang-kurangnya 0.8 hektar kepada bekas tentera yang tinggal dan lahir di negeri ini.
Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerja Raya, Utiliti dan Alam Sekitar negeri, Mejar (B) Datuk Md Anizam Abdul Rahman dilaporkan berkata, bagi merealisasikan pelaksanaan itu, sebuah jawatankuasa akan ditubuhkan.

Katanya, jawatankuasa itu akan dipengerusikan beliau dan kawasan atau tempat tanah itu akan dikenal pasti tidak lama lagi.

Saya menyarankan bekas tentera di negeri ini, sama ada berhenti ketika pencen atau tidak, yang belum mendaftar sebagai ahli persatuan, berbuat demikian secepat mungkin kerana ini adalah peluang baik bagi mereka untuk mendapatkan tanah daripada kerajaan negeri.
Sebelum ini pun, kerajaan BN Perak sudah mengurniakan tanah kepada kira-kira 7,000 bekas tentera di negeri itu, sama ada dalam bentuk tanah pertanian, tapak rumah dan rumah kediaman.
Saya harap negeri-negeri lain juga mengikut langkah yang dibuat oleh kerajaan BN Perak dan kerajaan PAS Kelantan, dengan memberi sesuatu berharga serta bermakna kepada bekas anggota tentera.
Kita perlu ingat, dahulu tentera bertempur dengan senjata, sekarang mereka hanya perlu menggunakan pencel untuk memangkah kertas undi bagi menentukan masa depan sesebuah parti dan kerajaan negeri.
Saya hendak bekas tentera tampil mendaftar sebagai ahli PBTM supaya kita ada kekuatan dan secara tidak langsung kerajaan akan memberi perhatian kepada suara kita.
Seperti tahun lalu, tidak ada pun mana-mana pihak mengambil tahu hal kita, melainkan pucuk pimpinan kerajaan yang dipegang oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Kerajaan Persekutuan telah menyalurkan banyak bantuan kepada bekas tentera melalui PBTM, manakala perhatian daripada mana-mana kerajaan negeri, tidak ada.
Mulai tahun ini, kita nak semua kerajaan negeri, tidak kira pimpinan BN, PKR, DAP atau PAS memberi perhatian lebih kepada bekas tentera, sekurang-kurangnya menyediakan rumah atau tapak rumah. - Dato' Hj Muhammad bin Hj Abdul Ghani 
Senarai lama bekas tentera yang berdaftar dengan PBTM Kelantan mengikut Parlimen seramai 9005 orang,
  1. Pengkalan Chepa (282)
  2. Tumpat (525)
  3. Kuala Krai (356)
  4. Gua Musang (281)
  5. Pasir Mas (1,220)
  6. Kota Bharu (2,015)
  7. Bachok (265)
  8. Ketereh (712)
  9. Machang (720)
  10. Pasir Puteh (852)
  11. Kubang Kerian (355)
  12. Tanah Merah (995)
  13. Rantau Panjang (210)
  14. Jeli (137)
 - Senarai terkini yang belum dikemaskini ialah 15,000 dan dijangka pendaftarannya  akan meningkat selepas ini , dari 15,000 pesara, sudah pasti mereka punyai isteri dan anak-anak. Ianya sudah cukup untuk menjadi undi penentu kepada parti yang bertanding.
Mungkin akan ada perancangan yang lebih baik dari BN Kelantan untuk mengatasi kelebihan Pas, bagaimanapun, harus diingat, orang lama, veteran dan pesara punyai impak besar dalam keputusan PRU, jangan terperangkap dengan kecenderungan menarik undi orang muda hingga terlupa orang tua. Bila ada orang muda  akan ada orang tua.
Orang muda dan orang tua punyai perkaitan yang sangat rapat, jika orang tua kecewa, maka orang muda akan lebih ramai lagi yang kecewa. Anda Mampu Mengubahnya.

2 comments:

  1. Mentaliti orang melayu ada untung untuk diri sendiri undi akan diberi, terguris sikit hati undi bagi pada orang lain, hanya fikir diiri sendiiri, bukan kepada Ugama, Bangsa dan Negara, melayu jenis yang sanggup jual IMR hanya kepentingan diri tidak dipenuhi. Jenis malas berusaha.

    ReplyDelete
  2. Kalau setakat hanya pandai berjanji, Pas memang cukup mahir berbuat demikian.Kalau ikut Pas, jangankan kata tanah & stadium, syurga dan pahala pun sanggup dipertaruhkan sebagai gula-gula kepada rakyat! Cakap berbelit seperti munafik. Tak ada kerja lain. Berjanji dan fitnah. Harap berjanji dan fitrnah sajalah. Itulah kepakaran Pas.

    Cuba ingat-ingat antara 22 manifesto PAS piliharaya lepas, berapa yang terlaksana? -ZERO!!
    Ingat Kg Pala, P.P? Menang undi, kampung tergadai.

    ReplyDelete

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...