KELATE - SERABUT PERUT DENGAN TUKAR, 1458 KELUAR UMNO SERTAI PAS !!!

Kesibukan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan tidak sepatutnya menjadi alasan dengan memandang ringan terhadap keadaan yang sedang berlaku ini. Jangan terlalu ghairah mencari undi orang muda sehingga terlupa kepada mereka yang telah lama berjasa kepada parti.

PRU13 ini yang disifatkan oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai satu pilihanraya yang paling getir sedikitpun tidak tergambar pada gerak kerja yang telah diusahakan oleh bahagian penerangan perhubungan Umno negeri kecuali lebih menumpukan hanya satu bahagian sahaja. Lain-lain bahagian bergerak diatas alternatif sendiri.
Tok Pa selaku pemimpin yang bertanggungjawab mengepalai BN Kelantan dilihat lebih suka bermain congkak bersama budak-budak berbanding dengan jentera-jentera didalam BN yang terdiri daripada pemuda, wanita dan puteri, keadaan ini sebenarnya sangat kurang disenangi oleh sebahagian besar cabang didalam BN sendiri. Entah apa strategi yang bakal Tok Pa lakukan jangan sampai jadi Tok Pas sudahlah.

Memang bukan masa yang sesuai untuk melantun sesama sendiri, ini cuma sekadar peringatan buat yang masih lara, namun kritikan adalah satu perkara biasa bagi seorang penulis bebas, semoga SB segera melihat perkara ini, dan kemenangan BN di Kelantan sangat jauh, cuma penyedap pengampu sentiasa yes bos dan yakin pah ceroh.

Berikut adalah ringkasan apa yang dikatakan fenomena yang sedang rancak berlaku di Kelantan yang dipetik dari laman MSO. Lebih 1,458 ahli dan penyokong Umno telah bertindak meninggalkan parti  itu sama ada menyertai Pas ataupun PKR. Terbaru malam tadi Chicha Tinggi Pasir Mas seramai 150 orang menyertai Pas. Ia diketuai oleh ketua cawangan Umno Kampung Rengas. Beberapa malam lalu kira-kira 100 orang telah menyatakan kebencian mereka kepada Umno dan menyertai Pas di Banggul Chica.

Minggu lepas seramai 69 orang ahli Umno bahagian Rantau Panjang telah menyerahkan borang menyertai Pas kepada Mursyidul Am Pas Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat. Majlis itu berlangsung pada majlis ceramah di rumah timbalan ketua Umno Cawangan Kampung Kedap Rantau Panjang.

Jumaat lalu seramai 130 orang ahli Umno di Dun Paloh dalam Bahagian Gua Musang telah meninggalkan Umno secara suka rela. Mereka menyertai PKR. Penyerahan borang secara simbolik kepada Anwar Ibrahim semasa beliau beramah mesra dengan peneroka Ciku 3.
Dalam perkembangan lain kira-kira 352 terdiri penyokong dan ahli Umno yang menjadi peneroka di Kesedar akan turut berbuat demikian. Mereka hanya menanti masa luang Nik Aziz saja untuk merebahkan dua ekor kerbau bagi meraikan penghijrahan beramai-ramai itu.

Dua bulan lalu seramai 139 orang ahli dan penyokong Umno di Dun Air Lanas dalam kawasaan Jeli telah bertindak meninggalkan Umno dan menyertai Pas. Borang penyerahan borang menyertai Pas juga diterima oleh Nik Aziz. Sementara menurut timbalan Yang Dipertua Pas Jeli Abdullah Yaacob sehingga kira-kira 231 orang penyokong dan ahli Umno Jeli telah bertindak keluar parti.

Penghijrahan penyokong dan ahli Umno bukan terhenti di situ sahaja. Di Kubang Kerian kira-kira
300 orang bekas ahli dan penyokong Umno akan menyertai Pas. Penyerahan borang menyertai Pas akan diadakan dalam masa terdekat. Khabrnya penghijraran beramai-ramai ahli dan penyokong Umno ada ura-ura dengan Husam Musa dikatakan akan bertanding di kerusi Parlimen dalam pilihan raya akan datang.
Cara pemimpin Pas main angin orang lama
Di parlimen Bachok juga Pas menerima penghijrahan ahli Umno dan pengundi atas pagar. Minggu lalu seorang ketua cawangan telah mengisytiharkan menyertai Pas. Ekoran itu terdapat 18 orang ketua cawangan dan pemimpin peringkat cawangan akan juga berbuat demikian. Tindakan keluar parti beramai-ramai dijangka berlaku menjelang pembubaran parlimen.

Faktor penghijrahan beramai-ramai ahli Umno Bachok ke dalam Pas kerana kurang senang dengan gaya kepimpinan Awang Adek Hussein. Seorang PPM di Bachok - pengawa lantikan politik Umno, menegaskan beliau tidak akan mengundi Awang Adek.

Sehubungan itu difahamkan 162 ahli Umno dari Bachok akan bertindak meninggalkan parti. Mereka hanya menunggu keputusan bekas Ketua Pemuda Umno Kelantan Zaiyadi Awang Nuh membuat keputusan saja untuk mereka mengistyharkan diri.

Kedudukan Zaiyadi kini sudah 89 peratus akan meninggalkan Umno. Bagaimana pun tidak dapat dipastikan sama ada menyertai Pas atau PKR atau bertanding atas lambang bebas.

Di Tanah Merah sehingga kini lebih 344 ahli dan penyokong Umno meninggalkan parti. Hanya di Pengkalan Chepa perubahan tidak begitu ketara mungkin kerana kawasan ini kubu besi bagi Pas.

Begitu juga di Tumpat, Kuala Krai dan Machang. Tiada maklumat mengenai jumlah kemasukkan Umno ke dalam Pas. Bagaimana pun difahamkan di Machang fenomena itu turut juga berlaku tetapi Pas dan PKR kawasan itu mengambil sikap mendiamkan diri dan tidak menghebuhkan apa yang berlaku. Bagaimana pun Umno merasai akan kekurangan sokongan mereka di sini.

Dalam perkembangan lain, sekurang-kurang tiga orang bekas pegawai tinggi kerajaan, seorang Ketua Bahagian Umno, seorang bekas Adun Umno serta seorang pesara pegawai tinggi tentera akan mengambil pendirian sama meninggalkan Umno untuk bersama Pakatan Rakyat.

Dapat dibayangkan apa pemimpin dan pencacai Umno yang tidak punyai roh perjuangan akan kata mengenai situasi tersebut, "lantaklah, dah tak dapat jadi calon memanglah macam tu". Mungkin semua tu nak jadi calon lah ya. Tidak dinafikan sebahagiannya begitu, dan dimana keperibadian Umno ? kenapa hal ini tidak berlaku kepada pemimpin Pas?, maksudnya menjadi barah turun temurun seakan ia tidak dapat dibendung lagi.

Lebih baik tak sedap sekarang daripada tumbang kemudian hari, sekurang-kurangnya gerakan TUKAR tu fikir cara macammana nak buat. Pelapis kepimpinan pemuda yang educated pula dilihat lebih memencil kerana tidak pandai bodek, sebenarnya ramai lagi bijak pandai dalam perhubungan dan bahagian, mereka terlalu jujur dan tidak mementingkan diri sendiri. Anda Mampu Mengubahnya.

3 comments:

  1. mengarut la blako niii...,napok ko ore umno jaa..
    pah2 pnyokong pas masuk umno xkiro ko brapo oree..,bndo blh buat blako...,ore pas ni kalu pok2 dio masuk umno mcm2 dio kato pah kalu umno masuk pas bndo molek plak dio oyak..,ngarut2...

    ReplyDelete
  2. Kalu demo tak ayo gak demo gi sediri la tanyo ore2 kapo hak tuan tanah ni buat...demo mana nak cayo mugo demo pun supo jah tuke angguk dale umno...tak pun demo ni ore suruhe joro kelate...

    ReplyDelete
  3. UMNO TAK SORANG ABUT DAH KAT KELATE...HABIS MASUK PAS.KITA TUNGGU PRU 13...BN PULOK NYETOH..PELIK PELIK..

    ReplyDelete

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...