TERKINI PANAS !!! DULU CEO SEKARANG COO - HUSAM MUSA VS AZIZ DESA

Kota Bharu - Belum sampai dua bulan menjawat jawatan Ketua Pegawai Operasi Pusat Dagangan Kelantan (Kelantan Trade Centre - KTC) Aziz Desa, kini seakan tidak mampu lagi untuk meneruskannya setelah melahirkan rasa kekecewaan beliau terhadap Exco Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Husam Musa berkaitan masalah hutang dengan KTC.

Beliau yang berasal dari Kedah juga merupakan bekas Setiausaha Akhbar kepada MB Kedah, Datuk Seri Sanusi Junid, menurut beliau  "Biasanya saya jarang kecewa. Tetapi hari ini saya sedikit kecewa, saya sedang merenung list pemiutang dengan KTC. Biasalah dalam bisnes atau dalam hidup bab hutang piutang ini",

"Tanpa hutang apalah makna hidup. Dengan Tuhan pun kita selalu berhutang, tambah dengan manusia. Saya kecewa yang  berhutang ni bukan calang-calang orang atau bukan calang-calang majlis. ada majlis cakna palestin, mesyuarat bank, expo cheng ho, majlis buka puasa, ekspo kesihatan, wacana perdana, kaki bola, mesyuarat pasai kayu, seminar fesyen, majlis ucaptama, mesyuarat agong, menikah kahwin, seminar malam dan macam-macam".

"Saya kecewa kerana ini berlaku di Kelantan. Selesa dengan jawatan tersebut sekali lagi berhadapan didalam masalah mengutip hutang KTC dengan beberapa pihak terlibat".

Luahan beliau pada akhir bulan lalu tidak terhenti disitu, apabila beliau diarahkan untuk berjumpa dengan Exco Kerajaan Negeri Kelantan Datuk Husam Musa dipejabatnya, malam tadi beliau mendakwa Husam 'angin semacam' dan turut menghantar sms memperlekehkan beliau serta mantan bosnya.

"Dulu semalam exco kelantan Husam Musa hantar sms kata" patut lah so many complaints about ur arrogant attitude. patut lah sanusi junid dulu hancur. " kata Husam lagi "dis is nt sanusi junid d one u fooled". mcm-mcm lagi exco ni kata kat saya. saya pun terfikir inikah pemimpin yg dikatakan berjiwa hebat dan yg saya hormat sebelum ini?". Akan menyusul seketika nanti....

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...