VIDEO TERBARU !!! MATI SYAHID PERTAHANKAN KERAJAAN ISLAM DI KELANTAN - PAS

Pada 1 April yang lalu  pihak PR menerusi online UTTV dalam segmen BICARA UT bersama Ahli Parlimen Kota Bharu Datuk Wan Rahim Wan Abdullah membicarakan mengenai perjuangan Pas dulu dan kini.

Pada masa sama MP Kota Bharu diajukan soalan oleh bloggers Aduka Taruna tentang situasi yang akan dihadapi oleh pemuda Pas sekiranya berdepan dengan Pemuda Umno seperti pemuda tahan lasak.

Menurut MP Kota Bharu itu, "Kepada pemuda-pemuda Pas, saya nak tengok satu orang pemuda Pas mati syahid dalam mempertahankan Kerajaan Islam Kelantan".

Kenyataan tersebut adalah satu kenyataan pembakar semangat kepada golongan Pemuda, GK yakin MP Kota Bharu tidak berniat untuk melakukan provokasi, namun kenyataan tersebut adalah tidak wajar dan mesti diperjelaskan apa tujuan sebenarnya kerana ia bersifat 'pembakar' darah gemuruh anak muda.

Mentaliti penyokong Pas jauh berbeza, ia seperti yang disebut oleh MP Kota Bharu itu, mereka telah diterapkan PAS, ISLAM, SYAHID dan SYURGA. Penyokong Pas juga sanggup mati kerana Nik Aziz, bukan gelanggang yang sesuai untuk penentang Pas membuat sesuka hati di Kelantan. Jika tidak masakan amaran menerusi kapak terbang melayang kerumah blogger terkenal Kickdefella...

Inilah suatu hal yang perlu difikirkan, anda tidak akan merasa selesa tinggal di Kelantan jika anda menentang keras pimpinan Pas terutama 'Ayahnda bentara bentan laksamana kasih dap fatwa sesuka hati' yang tinggal di Pulau Melaka itu, anda akan merasa gerun dan takut.

Kenapa ? ini kerana keyakinan kepada sebahagian pemimpin BN dalam dasar perjuangan mereka sangat tidak diyakini, anda akan berfikir, sekiranya apa-apa terjadi, apa jaminan kepada anda dan keluarga anda didunia dan diakhirat, serta banyak lagi perkara-perkara halus yang sukar untuk diperjelaskan kerana sedikit sebanyak ia melibatkan kredibiliti Umno yang bersifat marahkan nyamuk, kelambu dibakar. Tapi tidak bermakna akan berhenti disitu selagimana nyamuk-nyamuk tidak diridsectkan.

Apapun usaha pihak PR menerusi group FB UmnoTumpas yang jauh kehadapan meninggalkan FB group BN yaitu PasniUmno patut dipuji dan satu usaha yang baik didalam menarik minat orang muda mendekati mereka. Kenapa mereka senantiasa mempunyai idea didalam membuat perubahan didalam menarik minat masyarakat untuk mendekati mereka.

Kalau dahulu mereka jugalah yang terlebih dahulu menggunakan media maya dalam membuat serangan politik keatas BN dan mendapat hasil yang baik, kini sekali lagi mereka melakar pembaharuan menerusi beberapa tv online milik mereka. TUKAR Kelantan apa cerita ? tidur dan projek lagi ke !!! atau berlagak kononnya ada strategi yang lebih baik dari itu ?

Cukuplah berdongeng tu, dah berapa orang Pengerusi Perhubungan BN Kelantan bersilih ganti, namun Nik Aziz masih kekal berdiri, jarang-jarang duduk pun sebab dia lenguh. Untuk BN TUKAR kerajaan Kelantan juga adalah tidak perlu selagimana BN sendiri pun....(......seperti biasa......) Melainkan menambahkan kemenangan dibeberapa buah kerusi Parlimen dan DUN yang diwakili oleh pemimpin yang benar-benar ikhlas dan berjiwa rakyat, pemimpin macam ni yang wajib diperjuangkan, bukan pemimpin yang macam tu.....Anda Mampu Mengubahnya.

1 comment:

  1. Apakah ada di kalangan 200 sukarelawan TUKAR sanggup mati syahid demi UMNO?

    ReplyDelete

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...