Lagak Hero Kerajaan Pas Kelantan Tidak Menjadi, Kali Ini Kena 'Sengoti'

Seringkali kerajaan Pas Negeri Kelantan cuba menafikan apa saja dakwaan yang dibuat oleh rakyat yang membabitkan soal pentadbiran kerajaan negeri, malah dalam kes ladang rakyat misalnya, pemimpin Pas sanggup menuduh rakyat yang menangis kerana tanah mereka dirampas sebagai tangisan palsu yang dibayar oleh Umno semata-mata mahu memburukkan kerajaan negeri.

Namun apalah daya orang kampung, mereka tidak punyai kudrat untuk bangkit melawan apa yang difitnah oleh pimpinan Pas terhadap mereka, mereka cuma mampu memendam rasa dan bermohon doa kepada Allah tuhan yang Esa agar keadilan untuk mereka tertuntut jua.

Berkat doa mereka yang dizalimi kerajaan Pas, penyertaan golongan muda peringkat profesional dalam menentukan arah tuju negeri Kelantan semakin bertambah, dengan keupayaan pendidikan dan penguasaan undang-undang, kali ini kerajaan Pas Kelantan dilihat sukar untuk berterusan membohongi rakyat dengan lagak sebagai 'hero' dan wakil rakyat Pas berpeluang untuk bersara awal selepas keputusan PRU 13 diumumkan kelak.

Sebuah badan bukan Kerajaan, Pertubuhan Orang Muda Berpadu Anti Korupsi (Ombak), menggesa Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yaakob, menarik balik kenyataannya berhubung isu pencerobohan tanah di Lojing.

Sambil menafikan berlakunya kes terbabit yang disiarkan dalam Sinar Harian, pada 12 Februari lalu, Presidennya Wan Khairul Ihsan Wan Muhammad berkata, sebagai pentadbir dalam Kerajaan Negeri, sepatutnya Ahmad menyatakan bukti dengan apa yang didedahkan melalui rakaman video baru-baru ini, yang memaparkan penggondolan bukit bermula dari Dabong, Kuala Krai ke Neggiri dan Gua Musang yang membabitkan ratusan hektar tanah termasuk hutan simpan.

“Kita tidak pernah mencantum gambar seperti yang didakwa oleh beliau dari tempat berasingan kerana kita menggunakan kamera yang berkualiti tinggi untuk merakamkan gambar terbabit dengan jelas di kawasan yang berlakunya aktiviti pengambilan tanah secara berleluasa.

“Dalam paparan itu juga, kita menggunakan koordinat tepat untuk merakamkan gambar dan apa yang ditunjukkan amat jelas wujudnya aktiviti seumpama itu di kawasan berkenaan.

"Oleh itu saya beri masa sehingga seminggu kepada beliau untuk menarik balik tuduhan ini dan menyiarkan dalam akhbar Sinar Harian, jika tidak saya akan mengambil tindakan undang-undang dan memfailkan tuntutan saman,” katanya.

Wan Khairul berkata, seperti yang dipaparkan, bukannya soal pembalakan yang diketengahkan, tetapi apa yang dipersoalkan ialah isu pengambilan tanah secara berleluasa yang digunakan untuk tujuan pertanian termasuk Ladang Rakyat.

“Beliau perlu bertindak segera di atas hal ini, dan setakat ini saya sudah membuat perbincangan dengan peguam saya untuk menghantar Letter Of Demand (LOD) kepada beliau pada hari ini (semalam).

“Jika beliau gagal melakukan tindakan selanjutnya, maka saya tidak teragak-agak untuk memfailkan saman kerana beliau juga dengan jelas mendakwa saya sengaja mengada-adakan cerita untuk memburukkan kerajaan negeri,” katanya.

Rakyat Kelantan sama-sama boleh melihat apa tindakan yang akan diambil oleh pimpinan Pas, kebenaran akan ditentukan.

2 comments:

  1. minta link blog saya.. http://kakirayaukb.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. Bo la wei bo la wei bo la wei

    ReplyDelete

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...