BOB KUMAN : ARWAH AYAH PERNAH WAKAFKAN RUMAH UNTUK DIJADIKAN MARKAS PAS

PETALING JAYA - Presiden Pas Datuk Seri Hj Abdul Hadi Awang dan rombongan termasuk Nazir Masjid Kota Damansara menziarahi Bob di rumahnya di Seksyen 11, Kota Damansara, malam tadi.selepas menyampaikan kuliah Maghrib di masjid berkenaan.
Menurut Bob atau nama sebenarnya, Husni Mohd Rawi memberithau arwah ayahnya telah mewakafkan sebuah rumah untuk dijadikan markas PAS di kampung di Negeri Sembilan, pada masa sama beliau melahirkan rasa gembira apabila menerima kunjungan Hj Hadi.

“Dapat juga saya jumpa Tok Guru, Rupa Tok Guru macam arwah ayah saya,” kata Bob dalam nada yang sayu. Beliau juga menunjukkan gambar arwah ayahnya kepada Hj Hadi yang disimpan di dalam laptopnya.

“Saya tak minta,” kata Bob ketika Hj  Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang menghulurkan sumbangan daripada ahli jemaah dan pihak masjid.

Hj Hadi menasihatkan Bob Kuman supaya banyak bersabar dengan musibah yang dihadapi itu.

Menurutnya, setiap musibah yang merupakan ujian daripada Allah itu akan menghapuskan dosa dan diberikan pahala di atas kesabaran menghadapinya.

Bob kini amat memerlukan mesin dilengkapi tangki oksigen namun setakat ini tidak mampu untuk menyewa keperluan itu.

Bob kini sedang berada dalam keadaan lemah, tidak mampu bergerak, apatah lagi untuk keluar dari rumah.

Kepada pembaca yang ingin membantu Bob, sila hubungi Razali di talian 016-2315812. Manakala akaun Bob (HUSNI MOHD RAWI, Maybank 112371007047)

Contohilah dalam perkara kebaikkan, apa jua niat hati, yang pasti ziarah itu walau sesaat ia membawa seribu erti yang akan dihargai dengan apa jua caranya, Anda Mampu Mengubahnya..

1 comment:

  1. MINTALAH BANTUAN KEWANGAN DARI PAS....JANGAN PANDAI NASIHAT AIR LIUR SAJA.KAN PAS PARTI ISLAM...

    ReplyDelete

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...