GABUNGAN TUKAR MENULAR KE PAHANG MAKAN TUAN SEBARISAN

Lebih 15 individu berbilang bangsa dan agama yang bersidang di Kuantan Sabtu lalu telah bersetuju untuk menubuhkan secara rasmi Gabungan Tukar MB Pahang (TUKAR).

Menurut Penyelarasnya, Lee Chean Chung, gabungan tersebut mendesak persaraan menteri besar Pahang tanpa mengira pihak mana yang membentuk kerajaan negeri itu selepas pilihanraya umum Ke-13.

“Biarpun Barisan Nasional ataupun Pakatan Rakyat yang memerintah,  Adnan Yaakob wajib bersara,” kata Lee dalam satu kenyataan.

Menurutnya, gabungan tersebut akan memulakan jejak di sekitar Pahang supaya dapat merealisasikan matlamat mereka.

NONEGabungan tersebut juga, tambahnya, akan turut mendedahkan dakwaan salahguna kuasa dan kes rasuah yang berlaku sepanjang tempoh pentadbiran di bawah Adnan.

“Sebarang pendedahan kes rasuah ataupun pertanyaan boleh hubungi  012-954049, 013-9359898 ataupun emel gabungantukar@gmail.com,” tambahnya.

Selain itu, katanya, gabungan itu juga ditubuhkan kerana mendakwa Adnan tidak mengendahkan kepentingan rakyat dalam isu Lynas dan didakwa mudah naik marah, termasuk tindakannya menggunakan perkataan "bodoh" terhadap wartawan.

Selain itu, Lee turut mengalu-alukan penyertaan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) pertama yang bernama PEDAS yang diketuai oleh J K Pang.

“Kita juga berharap lebih banyak pertubuhan bukan kerajaan, parti politik dan individu menyertai gabungan TUKAR supaya dapat membawa perubahan di Pahang tercinta kita,” tambahnya. - Malaysiakini.

3 comments:

  1. wartawan itu sememangnya BODOH NAK MAMPOS !!!!memang selayaknya dipanggil BODOH !!!!kehkehkeh

    ReplyDelete
  2. Jom ubah kerajaan negeri Kelantan. Acu cuba try test sepenggal.

    ReplyDelete
  3. Tengoklah siapa ketua kumpulan celaka ni, semuanya puak kiasu jahanam saja, memang puak ni tak puas hati sebab diorang ni idamkan jawatan MB Pahang, tapi pergi mampuslah, Pahang negeri majoriti bumiputera dan orang bumiputera saja yang akan jadi MB Pahang, malahan Adnan Yaakob, apa masalahnya pula, selama ni okey saja tadbir Pahang, yang jadi masalah adalah orang gila yang kemaruk nak kuasa sampai sanggup melingkupkan pemikiran masyarakat saja. Kepada Lee Chean Chung dan J K Pang, kalau kamu dua ekor kena pelempang baru nak reti bahasa kot, dasar bodoh nak mampus, bangang, korang tu dengki, iri hati dan kemaruk nak kerusi MB, cakap sajalah, tapi jangan mimpilah, dan jangan haraplah, pergi jahanam dengan korang dua ekor, dasar tak guna.

    ReplyDelete

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...