MUNGKINKAH TAN SRI RASHID AKAN SERTAI PAS ???

Umno Kelantan lagi sekali akan dikejutkan dengan tindakan bekas pegawai tinggi kerajaan yang kini sedang bersiapa sedia untuk mengumumkan menyertai Pas. Pegawai kerajaan yang berkhidmat dengan kerajaan Persekutuan itu dikatakan rapat dengan Pengerusi Umno Kelantan Mustapa Mohamed.

Beliau kini baru bersara dan mengambil tindakan demikian kerana bosan dengan politiking di dalam Umno serta kesal dengan tindak tanduk UBN yang menekan pegawai kerajaan supaya menyokong parti itu.

Satu sumber memberi tahu pegwai itu akan menyerahkan borang menyertai Pas kepada Persuhjaya Pas Kelantan Nik Abdul Aziz Nik Mat.

"Penyertaan bekas pegawai yang baru pencen itu akan memeranjatkan UBN kerana beliau disebut-sebut untuk dicalonkan bertanding dalam pilihan raya umum akan datang," kata sumber itu enggan mendedahkan identiti pegawai berkenaan.

Kata sumber itu lagi satu majlis kemasukan dalam Pas dan kesyukuran akan diadakan. - MSO
Siapakah orangnya ???

2 comments:

  1. Ala masuk la nak masuk ape pun.Kalau tanding PRU menang tahniah...dan dok cokoh ja la.Makan gaji buta.Takpo....kita akan jumpa diakhirat.Hidup pun tak lamo doh kalu umur doh 65 tahun.wasalam.

    ReplyDelete
  2. Baguih gak n kerajaan kena hati2 puak PTD yg ditatang bagai minyak yg penuh tapi dibalas taik. Otak2 PTD ni bkn boleh pakai sgt, asyik pikir kamsen pasai naik atas tramat cepat n powerful.

    ReplyDelete

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...