'PUNK NOT DEAD' KANTOI MEMADU ASMARA DENGAN AWEK KEDAI DOBI

AMPANG – Tiga individu termasuk seorang ‘Mat Punk’ dan seorang remaja perempuan dicekup penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan pegawai Masjid Al-Azim dalam sebuah bilik di rumah kedai di Pandan Jaya, awal pagi kelmarin.

Dalam serbuan kira-kira jam 2 pagi itu, dua lelaki berusia antara 20 dan 22 tahun serta seorang pekerja sebuah kedai dobi ditahan.

Pegawai Masjid Al-Azim berkata, Ahmad Nawi Othman berkata, ketika serbuan seorang lelaki membuka pintu dan mendapati ada seorang lelaki lain dan seorang perempuan berusia 20 tahun berada di dalam bilik itu.

“Kami mendapati pasangan berkenaan berpakaian lengkap, manakala seorang lelaki lain hanya berseluar pendek ketika serbuan dijalankan,” katanya yang dipetik dari laman web Sinar Harian.

Beliau berkata, teman lelaki kepada gadis berkenaan memberi alasan kekasihnya baru bekerja di kedai dobi berhampiran serta tidak ada rumah atau bilik untuk disewa.

Ahmad Nawi berkata, turut ditahan dua pasangan lain di bilik berasingan di rumah kedai berkenaan.

Operasi itu dijalankan mengikut Seksyen 29, Enakmen Jenayah Syariah Jais 1995, jika disabit kesalahan boleh didenda RM3,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya sekali.- Mynewshub

1 comment:

  1. kalau Bn nak sangat kelantan,yg pertama kena ada kekuatan dan kesepakatan politik dalaman.Kedua kena ada blue print sekuarnag2 nya utk berkuasa selama 3 penggal.Ketiga memperluaskan kemudahan asas seluruh kelantan,dari segi kualiti dan kuantiti.Keempat menjana pertumbuhan ekonomi negeri kelantan di semua sektor ekonomi.Kelima,paling utama pusat apa yg hendak di lahirkan seiring dgn kuasa yg di amanahkan yg umno tuntut.Kosep serambi mekah yg Pas bawa tidak berjaya,perlu di gilap oleh umno dalam konteks yg lebih luas.kena study ler sejarah mekah di zaman kegemilangan Rasullulah,baru boleh garap idea.Kalau ia berjaya dan senang di fahami rakyat kelantan tak mustahil umno berada di landasan yg betul dan berkuasa lebih dari 3 penggal.Ianya perlukan masa ,pelaburan dan meraih keuntungan serta memakmurkan rakyat kelantan.Kena ler bagi feel pada rakyat kelantan.

    ReplyDelete

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...