Lihatlah! Ketika Ngeh Dan Nga Mendapat Tanah Aku Menjadi Pelarian Dibumi Sendiri

Sedang pemimpin DAP Perak Ngeh dan Nga diberikan tanah seluas 10,526 ekar oleh kerajaan Pas Kelantan, Gk sebagai anak jati negeri ini ibarat menjadi pelarian dibumi sendiri. Rumah yang disewa kira-kira setahun yang lalu  perlu dikosongkan selewatnya hujung bulan ini ekoran arahan supaya berpindah kerana kononnya rumah berkenaan ingin diduduki oleh kakak kepada tuan rumah.

Bagi seseorang yang berkeluarga dan mempunyai 3 orang anak dan tidak mempunyai pendapatan yang tetap, arahan berpindah dari rumah sewa yang sedang diduduki adalah antara satu tamparan hebat. Difikiran, pelbagai masalah datang bertalu, mencari rumah sewa baru mengikut kesesuaian bukan satu hal yang mudah, faktor masa, persekolahan anak, deposit, harga sewa bulanan, kos pengangkutan pindah dsbnya antara penyumbang utama kepada 'sakit kepala'.

Segala kos baik pulih kerosakkan kecil dirumah ini langsung tidak berbaloi dalam tempoh jangkamasa cuma setahun saja mendudukinya, disamping pembayaran sewa sebanyak RM250 tepat setiap bulan tanpa mungkir walau sehari langsung tidak dihargai.

Bila diimbau kembali wang dan tenaga semuanya menjadi sia-sia, penat lelah didalam mengerjakan kebun sekangkang kera yang dulunya dirimbuni belantara akhirnya menjadi nostalgia yang boleh mengenangi perasaan petani mahupun rakyat yang tanah mereka dirampas oleh Kerajaan Pas di Ulu Kelantan untuk dijadikan sebagai Ladang Wakil Rakyat.

Betapa sakitnya hati usahlah diceritakan, namun apakan daya ia bukanlah hak kita untuk dipertahankan apabila berdepan dengan manusia zalim yang suka mengambil kesempatan diatas golongan yang lemah, sesekali terbayang juga akan kebajikan kerajaan Islam kepada rakyatnya, kalaupun tidak dapat 10,526 ekar, dapat suku ekar pun jadilah, Namun itu hanyalah masa depan yang mungkin hanya mampu untuk bermimpi.

Berapa ramai lagi pelarian dibumi sendiri yang senasib dengan Gk ? Mungkin kita tidak tahu kerana mereka tidak berblogging, yang pasti ianya terlalu ramai dan akan dikupas setiba masa yang sesuai nanti.

Apapun cabaran dianiayai yang berpunca daripada tuan rumah yang berubah hati apabila melihat rumah yang disewakan sebelum ini ketiadaan air sudahpun mempunyai air bersih yang sempurna hasil daripada insentif  Gk menggunakan pam air (teknik tertentu)  bagi menarik air daripada paip utama AKSB, tuan rumah yang sebelumnya meninggalkan rumah ini dan tinggal di Kuala Krai kelihatan terliur untuk kembali menduduki rumah ini.

Buatlah bagaimana baik sekalipun ia tidak menjamin balasan yang baik daripada manusia yang jahat seperti tuan rumah ini, jahatnya tidak berhati perut dan pentingkan diri sendiri, tidak ada sebarang tolak ansur mengenai kos, juga takut untuk bersemuka dan 'kecek kiro', tuan rumah lebih mempercayai jin daripada mempercayai Allah, kerana sayangkan sedikit wang untuk dibayar diatas keingkaran janjinya, tuan rumah lebih rela menggunakan jin untuk mengusir makhluk Allah yang tetap utuh berdiri demi kebenaran bahkan bertambah berani menentang kesongsangan...

Susahnya hidup jika tidak punyai tempat tinggal milik sendiri, sewenangnya untuk dihalau pergi, inilah dunia..., negeri berciri Islamik hanyalah retorik politik, bagaimana agaknya masa depan generasi yang akan datang ? Terbayangkah anda bagaimana hidup di rumah sewa ? Anda Mampu Mengubahnya - Bersambung

Keringat yang diperah akhirnya menuai hamPas....











10 comments:

  1. aku tumpang bersimpati,aku rasa tuan rumah ni mesti penyokong tegar nik ajis dan dia tahu gk ni kuat dok bongkar pasal nik ajis,menyelam sambil minum air la tuan rumah pukimak tu.dasar xder hati perut punya tuan rumah.celaka celaka celaka

    ReplyDelete
  2. Kuatkan semangat bro,jadikan dugaan itu sbgai pembakar semangat dalam meneruskan perjuangan.

    ReplyDelete
  3. Tuan Gk, ambo amat simpati denga keadaan demo hari ni, tapi ambo yakin kekuatan semangat yang demo ada buleh mengangkat demo ke satu tikat yang baru. Semo ni dugaen belako dari manusia yg tomoq, takdok nilai pada silatulrahim, sifat asobiah demotu.

    Ambo kelik klaten sekali sekala sebab melawat kubor orang tua dan warih dekat-dekat. Doq tunggu musim raya, mugo lo ni tak terasa kemanisan Wan Kembang doh. Realitinya gitu kena cari samah serial ditempat orang, dan kasih tertumpah ker orang yang menghargai kito. Yang ada nostalgia jamen budak2, cari ike spila, bidah burong, maken buah skiat. Hakikatnya generasi ke3 gemulah ayah kena ambo besarkan ditanah dagang. Oputeh kata other land of opportunity. Ambo tak cekat cari peluang dinegeri sediri, si Midah ambo tingga dkapong. Tak apa dohla lo ni dia nego jahit baju kecik-kecik sambil buat akok bule posa, toklucky dok sajor denga kabar ( roleq orejate klaten bini wat kije ).

    Selagi takdok perubahe pada pentdbir dan kerajae, rakyat klaten jadi cepat tua, lembab. Sebab peluang terhad mereka jadi tomoq, haloba, opotunis, manupulatif menindas dan penting diri. Satu gulunge akan kaut semua hak mana ada, manakala majoriti akan terus hanyut jadi marhaen tok praih, broka tanah, tarik kereta, yang sedihnye banyak jadi joki pil kuda, doktor prebet cocok sediri.

    Bila orang kata rakyat miskin, ramai yang marah. Ambo setuju Klaten negeri kaya, tapi sebab urustadbir yang selusela tak beto, rakyat dinafikan hak kekayaan itu...orang lain yang kenye bocheh.

    TG Nik Aziz tau belaka 23 tahun dah. 23 tahun dah dok bui ceramah kot surau dan balaisah, gi mari lebuk lean jale dari rumah ko jjabat MB tuh. Rakyat dok telopong 23 tahun dah.Tok wokey pon 23 tahun dah dok ley poteng kot dale kapong make gaji buta.

    Gk, selagi PAS tak ngaku kemiskinan dan ketidak adilan berlaku di Klaten, selagi tu orang marhaen mace demo dan beratus ribu jiwa lagi tidak ujud di Klaten. Untuk apa mereka bersimpati dan berikhtiar untuk jiwa-jiwa yang dikatakan mati??

    ReplyDelete
  4. sebab tu kamu sokong kerajaan kelantan dalam menuntut royalti. kenapa GK tidak pergi ke rumah TGNA sendiri..bukannya susah nak jumpa lainlah kalau nak jumpa menteri umno yang hanya turun jika pilihanraya.

    ReplyDelete
  5. he...he..he...longlive POK NICK.....siang malam ceramoh....tanah gi pd cino kapir harbi....rakyat tersadai di pinggir kali....org kelantan bangga tahap gilerrr punya pemimpin serupo POK NICK....alim & tawaduk kpd kafir harbi.....nak jaga hati DAPigs la kunun...sampai tanah negeri tergadai pada kafir harbi....next PRU jangan lupa undi POK NICK lagi....

    ReplyDelete
  6. KELANTAN TAK AKAN BERUBAH SELAGI KATA-KATA KERAMAT INI MASIH DIPERCAYAI RAKYAT__"ITU SEMUA SALAH UMNO"___

    ReplyDelete
  7. aku org kelompo, aku ada la kwn baik 5-6 org geng2 kelantan. aku pon hairan dgn org kelantan ni. dah terbukti nik aziz hanya mempergunakan agama utk lindungi kroni dan salahlaku tapi kenapa sokong?? pelik ya. aku simpati tapi nak buat mcmana.

    ReplyDelete
  8. ore klate habih doh keno sihir ko nik najis, malahan puak2 ustaz dan ustazah yg makan gaji dgn perekutuanpun x leh mikir doh pasal kalimah allah yg nik najis dgn hadi bawang dok kluk klik tu betul ko saloh, apa lg ustaz dan ustazah yg gaji demo tu yik bayar, lglah kepalo otok demo tu dah jd bengong kelu,

    ReplyDelete
  9. Orang kelantan aka orang pas aka penyokong pas akan tetap salahkan umno... Ini semua kerja umno nak sabotaj... Percayalah pas tetap dikelantan Dan tidak akan berubah...

    ReplyDelete
  10. Demo jah bengong dok tahu mana yang baik atau buruk..............

    ReplyDelete

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...