Anak Dan Menantu Nik Aziz Akan Bertanding, Pas Kelantan Sedang Berantakkan

Patutlah Pas senyap Bila BN Umum Calon, rupanya Pas Kelantan dilaporkan berantakkan sesama sendiri selepas timbulnya perasaan tidak puas hati dikalangan pemimpin mereka didalam isu pemilihan calon PRU 13 kali ini, unsur kronisme melampau yang berlaku didalam Pas sehingga tercalonnya anak dan menantu Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat melahirkan kekesalan banyak pihak sekaligus memudarkan penghormatan mereka kepada Nik Aziz.

Segala keputusan yang dibuat oleh Nik Aziz difahamkan dipengaruhi oleh keluarga beliau terutama anak dan menantunya. Amalan yang diterapkan oleh Nik Aziz ini sudah tidak mampu disorok lagi, pemimpin Pas yang tersingkir dek kerana kronisme ini juga mula membongkar kebusukkan yang sebenar berlaku didalam Pas yang selama ini terselindung dibalik belitan semutar.

Hubbud dunya wakaro hiyatul maut, kerana terlalu cintakan dunia sehingga takut kepada mati inilah jadinya, namun penyokong Pas disuruh jangan takut kepada mati didalam memperjuangkan Pas kerana akan masuk syurga, sebaliknya pemimpin tertinggi mereka jangankan tak takut mati, tak dicalonkan pun dah mengamuk sakan.
Kalau pencacai Pas kata tarikh tersebut telah diedit oleh Cybertrooper Umno, sila rujuk akhbar Sinar Harian bertarikh 16 April 2013
Jadi usah peliklah jika selepas pengumuman calon daripada BN kita tidak mendengar sebarang kritikkan daripada Pas, kerana mereka sendiripun duk kalut dan 'berembas' sesama mereka, sehingga banner pengistiharan calon Pas pun tersilap cetak, itulah makbulnya keterbalikkan doa KO BN, BN KO...

Dalam blog otai Pas MSO turut menyentuh isu ini, katanya, "Unsur kronisme di dalam hal ini sangat jelas sehinggakan ia tidak boleh ditutup lagi. Unsur kronisme ini menyebabkan PAS menjadi seperti syarikat anak beranak - syarikat sendirian berhad dan bukan syarikat berhad. Maka itu pemilihan calon dibuat di kalangan anak beranak, waris warah dan ipar duai, biras dan besan sahaja.

Sesiapa yang berseorang diri, hatta bekerja kuat didalam parti dan mendapat sokongan dari peringkat kawasan, cawangan akan ditinggal begitu saja bagaikan tunggul kayu kalau ia tidak ada hubungan diplomatik dengan individu yang memilih calon. Kuatlah 'setara mana' mereka tidak akan dipilih dan dia ajak berjemak berkira.

PAS parti Islam sewajarnya menegakkan prinsip keadilan dan kesamarataan. Sisi inilah yang membezakan PAS dengan Umno. Dalam pemilihan calon dan apa-apa juga aspek keadaan atau pendekatan secara Islam biarlah jujur dan bersih sesuai dengan pengakuan dan syahadat kita terhadap perjuangan yang berpaksikan kepada perinsip Islam.

Perkara ini disebut kerana perkara ini jelas. Ada calon-calon yang dipilih tidak pun berada dalam barisan nama yang dicadangkan oleh PAS cawangan, kawasan seperti mana ditetapkan dan menjadi amalan biasa. Tetapi kerana mereka adalah kroni kepada orang tertentu, tepatnya kepada ahli Dewan Harian PAS yang terdiri dari Pesuruhjaya, Timbalan Persuruhjaya I dan II, Setiausaha Badan Perhubungan maka dia diambil dan dinilai.

Waris dan sahabat handai, ipar duai, biras mereka dibasuh dan dimake-up sebaik mungkin. Dipersembakan kepada Tokguru Nik Aziz sebagai barang persembahan yang indah. Puak-puak inilah penipu Tokguru sebenarnya bukan Umno Barisan Nasional. Merekalah yang menjadi ulat yang memakan PAS dari dalam dengan bersela lendik dan berkopiah putih.

Saya akan senaraikan macam mana calon-calon yang dipilih kali ini ada hubungan relatif dengan individu-indivdu yang disebut di atas tadi. Ada orang yang menjadi pemegang 'jabel' pitis kepada ahli Dewan Harian dipilih menjadi calon, bukan kerana orang itu berwibawa, tetapi kerana hanya menjadi pemegang jabel duit. Al maklumlah saat pilihan raya ia memerlukan duit banyak. Menjadi proxy dalam pemberian kawasan balak, getah klun dan biji besi. Perlu ditegaskan anggota Dewan Harian Dr Mohd Fadzli Hassan iaini Ketua Penerangan tidak diajak berunding langsung dalam soal pemilihan calon ini. Kenapa?

Justeru apa pendapat anda dengan apa yang sebenarnya berlaku disebalik lilitan alim si lebai kelarah, adakah undi Pas dapat pahala ? Jadi buatlah pilihan yang bijak bukan berdasarkan bulan, tapi pilihlah berdasarkan bintang yang menyerlahkan bakat kepimpinan yang ada pada seseorang calon, jangan kerana undi anda ia akan melahirkan lebih ramai lagi manusia-manusia yang disifatkan munafik oleh otai Pas itu. Anda Mampu Mengubahnya.

3 comments:

  1. http://politicianissuck.blogspot.com/2013/01/revolusi-mesir-tun-mahathir-milik-orang.html

    (wajib tahu wahai para pejuang)

    ReplyDelete
  2. Saya sokong kalau almenantunya bertanding di Machang. 100% setujuuuu.. wahahahas. mana logo R, dah xde ke?

    ReplyDelete
  3. Pas dap & pkr sama sj.parti anak beranak.amalan kronisme tahap kronik

    Tolak pr dlm pru ni!

    ReplyDelete

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...