Tun Faisal Dan Syed Azidi Turun Bantu Mantapkan Jentera BN Di Kelantan

Perubahan politik yang berlaku di Kelantan adalah satu penantian yang sangat menyeksakan, ramai dikalangan generasi muda tempatan baik penyokong Umno mahupun atas pagar senantiasa mengharapkan kelahiran pemimpin - pemimpin pelapis Umno dari mereka yang berpendidikan serta benar-benar mampu untuk membawa wadah perjuangan bangsa dipersada politik negara.

Umno Kelantan khasnya, umum melihat seolah-olah sudah ketandusan pelapis pemimpin yang berkaliber, sebahagian besar pemimpin yang wujud hari ini hanyalah pemimpin niaga yang sering menjadikan Umno sebagai platform mencari kekayaan untuk mendapatkan projek. 

Menyandang sesuatu jawatan dengan ianya tidak berfungsi sebagaimana yang diperlukan adalah satu kecelakaan yang paling besar buat mana-mana parti atau organisasi.

Bagaimanapun Umno Kelantan kali ini pastinya sedikit lega, dalam BN menghadapi PRU 13 yang dijangkakan tidak lama lagi, inisiatif pihak luar dalam membantu jentera BN dilihat mampu untuk memberikan tentangan yang sengit kepada Pas.

Kali ini pengamal media sosial di Kelantan juga pasti merasa bangga dan cukup bertuah dengan kesudian seorang pemimpin muda , Tun Faisal Ismail Aziz untuk hadir berkongsikan pengalaman bagi memastikan jentera maya BN di Kelantan lebih berketerampilan serta sedikit sebanyak mampu untuk mengubah lanskap politik jumud yang melebihi 23 tahun ini.

Selain menjadi Pengerusi kepada Unit Media Baru, Tun Faisal juga merupakan antara Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia yang dilihat mempunyai daya kepimpinan yang baik serta  menepati kehendak cara berfikir orang muda. Dengan kelebihan yang ada pada beliau itu, dapat disaksikan dimana akaun media sosial beliau seperti Twitter, sudahpun menjangkau seramai 164,923 pengikut setakat ini.

Tampak lebih berwibawa, keberanian beliau berhujah dengan pemimpin pembangkang termasuk yang berstatus Ahli Parlimen menerusi forum ilmiah ketika membahaskan isu-isu semasa mengzahirkan lagi keintelektualan yang sewajibnya dimiliki oleh setiap pemimpin muda Umno khasnya di Kelantan.

Dalam pada itu seorang lagi yang boleh dikatakan antara salah seorang pencetus kepada revolusi pemikiran politik rakyat Kelantan yaitu Syed Azidi Syed Abdul Aziz, kerana pembongkaran isu yang dibuat oleh beliau tidak menumpukan kepada  gimik mencari populariti atau tahu membuat laporan polis dan sidang media semata-mata.

Pembongkaran isu-isu didalam pentadbiran Pas Kelantan khasnya isu yang melibatkan Al-menantunya (CEO PMBK)  berjaya meletakkan Al-Menantunya itu ditempat yang sepatutnya, Beliau juga turut mendedahkan beberapa kegagalan dan penipuan projek dongeng bekas bosnya yang juga Exco Kerajaan Negeri Kelantan Datuk Husam Musa.

Syed Azidi juga pernah terlibat secara langsung didalam aktiviti pelayaran mengesan telaga-telaga minyak diperairan Kelantan, dan menjelaskan secara terperinci bahawa Kelantan tidak berhak didalam membuat tuntutan royalti itu.

Beliau sebelum ini dalam satu kenyataan bersifat 'gedebe' sekaligus membuatkan rata-rata rakyat Kelantan merasa 'belago angin' apabila menyahut cabaran debat Presiden Royalti, Nazri Deraman, dimana sebelum ini telah mencabar YB Dato’ Sri Mustapa Mohamed dan YB Senator Dato’ Dr Awang Adek Hussin untuk berdebat dengan beliau secara 'kerah keng' sebelum disahut oleh Syed Azidi dengan tawaran debat secara ilmiah.

Daya usaha yang dilakukan oleh Syed Azidi dalam membongkar dan menyelesaikan  sesuatu isu itu seharusnya dicontohi buat pemimpin pelapis didalam Umno, andainya pemimpin - pemimpin muda Umno Kelantan bersikap seperti beliau, kita tidak akan menunggu satu masa yang terlalu panjang untuk melihat tersembamnya Pas di bumi Kelantan.

Kesimpulannya, diatas sikap bertanggungjawab, ehsan dan prihatin antara mereka inilah yang  menyebabkan nasib blogger seperti Gk masih lagi terbela, jika nak diharapkan pemimpin Umno Negeri (kecuali Umno KB) bertanya khabar akan blogger cabut seperti Gk ni, maka tertiaraplah harapan itu, mungkin sikap pemimpin Umno seperti inilah membuatkan rakyat Kelantan berfikir berjuta kali untuk memilih calon pemimpin dari BN. 

Bukan kerana rakyat menolak BN, tetapi rakyat menolak pemimpin yang mewakili BN, justeru pemimpin yang akan diletakkan mewakili BN itu jangan hanya dinilai kepada namanya atau juga besar jawatan yang disandangnya lebih-lebih lagi hasil dari politik wang, bahkan ia perlu dinilai secara keseluruhan bagi melengkapkan dari apa yang telah dilakukan. Anda Mampu Mengubahnya.

"Pemimpin pelapis Umno Kelantan perlu tunjuk kebolehan, pastikan Pas tumbang, bukannya berkembang!"

1 comment:

  1. mari ramai2 kito pakat buat demo di kota bharu dstadium muhammad iv dan jangan takut pd cemuhan puok2 pas kelatan

    ReplyDelete

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...