KADIR TAK JADI MASUK PAS KINI PRESIDEN SEMENTARA PARTI IKATAN

Desas desus yang mengatakan  Bekas Menteri Penerangan Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir akan menyertai Pas beberapa bulan yang lalu tidak berlaku malah hari ini beliau melancarkan penubuhan parti Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN) di mana beliau dilantik menjadi presiden sementara bagi parti tersebut.

Beliau merasmikan penubuhan parti tersebut di sebuah dewan di Hotel Palace of The Golden Houses di Seri Kembangan, pagi ini yang turut dihadiri Kira-kira 200 hadirin.

IKATAN dipimpin tiga timbalan presiden daripada pelbagai latar belakang antaranya bekas timbalan menteri pelajaran daripada Sarawak Datuk Bujang Ulis, ahli bank Ong Hock Swee dan bekas presiden Majlis Peguam Regunath Kesavan.

Manakala Presiden Uruskop Datuk Seri Mustafa Kamal Maulud dilantik menjadi setiausaha agung parti ini. Sebanyak enam orang dilantik menjadi ahli Majlis Tertinggi.

Beliau mengibarkan bendera IKATAN yang memaparkan gambar dua tangan yang bersalaman dan berlatarbelakangkan warna biru dan kuning sebagai tanda perasmian penubuhan parti berkenaan.

Sebelum itu dalam ucapannya, Kadir berkata antara visi dan misi penubuhan IKATAN adalah berpaksikan kepada "amanat merdeka bapa Malaysia" Tunku Abdul Rahman serta isi kandungan dan roh Perlembagaan Malaysia.

Antara isi kandungan amanah tersebut adalah rakyat berbilang kaum dan agama - Melayu, Cina, India, Kadazandusun, Siam, Islam , Buddha, Hindu, Kristian dan lain-lain mesti ikhlas satu sama lain, jika mahu hidup satu keluarga.

Malah, setiap mereka, tidak boleh kata atau berbuat sesuatu yang menyakitkan hati atau menyusahkan hati setiap kaum.

"Sebagai ahli keluarga yang ikhlas kita mesti selalu tolong menolong sesama kita. Yang kaya tolong yang miskin.

"Yang maju tolong yang kurang maju. Dengan cara itu barulah kita akan jadi satu bangsa dan negara yang bersatu padu kuat. Semua orang akan bahagia. Barulah Malaysia dihormati oleh dunia," kata Kadir yang membaca petikan amanah tersebut.

7 comments:

  1. Akhirnya Kadir sendiri tak berkenan dengan PKR dan PAS. DAP juga tak laku.

    ReplyDelete
  2. DAH AGAK DAH...KADIAQ TU HANYA MAMPU TUBUH PARTI KELEPAQ PELIAQ...ITU SAJALAH BAKAT YG ADA PADA KADIAQ KELEPAQ PELIAQ...PIAQ PIAQ PIAQ

    ReplyDelete
  3. Kadiaq kaki perempuan....tak boleh pakai mamat nie....takut malu tak diterima BN dan terlalu ego utk menjadi ahli biasa di dlm PR....tunggu masa jer mamak nie...

    ReplyDelete
  4. Dia tak mungkin masuk PAS sebab.... Dia tak layak dapat perkongsian Tong Derma bila naik pentas sebab dah pernah jadi menteri... malah kena sentiasa bantu keewngan Parti.....dalam pilihan raya....
    Dia masih bernafsu nak tambah duit...bukan nak keluar duit..... Smart and logik lah....

    Kalau buat Parti Baru... sedikit belanja sebab ahli sedikit... ini flatform saja untuk tujuan duduk semeja dgn Pemimpim Parti lain... dan senang nak curi calon yg dah menang...

    Kadiaq...kadiag....

    Hperancis

    ReplyDelete
  5. Teramat lah silap jika si kadiaq ni tak masuk pas sebab hanya dengan pas saja dia akan dapat tiket terus ke syurga pok nik. Mana tidak semua orang tahu si kadiaq ni kaki perempuan , tak cukup dengan bini dirumah tapi laa ni mungkin dak kot , tak laratlagi, cakap dia pun kita tengok dah terketaq-ketaq. Lagi beberapa bulan dulu dia mungkin teringin nak berguru dengan si nuar tapi maskahwin dan pengkeras yang nuar letak kan membuat dia terlalu takut, mana tak mungkin nuar kata kalau nak masuk kena 'lalu jalan belakang' Jadi tak jadi lahhh... kesian kadiaq ni..

    Dinasihat kan kalu tak mau orang korek buntut lebih-lebih tentang sikap dan eprangai kami sewaktu dalam era tun mahathir, dok diam saja lagi baik.. tak maukat umno, jangan X, tak mau x pas jangan x , kalau semua tak mau tok sah p mengundi walaupun unid kamu menetukan kerajaan pilihan rakyat..

    ReplyDelete
  6. BAKAL MENJADI PARTI KITA KEDUA...AKAN TERBUBAR JUGA AKHIRNYA AKIBAT PROSES TIKAM BELAKANG...GOD WILL PAY FOR YOUR BETRAYAL KADIAQ...REMEMBER THAT!

    ReplyDelete
  7. Melepas ler Pas tak dpt nak cekau pau duit Kadiaq PRU 13..kena tadah kopiah lagi ler nampak nya !

    ReplyDelete

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...