Hj Hadi Akan Bersiaran Langsung Di RTM1 Bersama Mufti-Mufti Negeri

KUALA LUMPUR - Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata tokoh agama dan mufti negeri-negeri akan dijemput untuk bersama dalam forum yang akan memberi peluang buat julung kalinya kepada Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang bagi memperjelas amanatnya yang telah memecah-belahkan umat Islam di Malaysia.

Rais berkata, Hadi tidak boleh membuat keputusan bersendirian dan terlalu yakin dengan kebolehan dirinya yang berlatar belakangkan pendidikan agama "kerana sentiasa ada orang yang lebih bijak daripada kita".

"RTM adalah hak rakyat dan ia boleh diguna untuk menjelaskan sesuatu perkara, tapi bukan satu saluran sahaja (Hadi seorang), ia mesti disertai oleh pihak-pihak yang juga ada ilmu, nas dan pengalaman," katanya kepada pemberita selepas Program Larian Tahun Baru 1Malaysia di Dataran Merdeka di sini hari ini.

Presiden Pas itu, katanya harus bersedia untuk menerima pendapat orang lain dan forum tersebut akan dibuat dalam suasana yang sesuai.

Rais berkata, Hadi tidak boleh membuat tanggapan bahawa keputusan (Amanat Hadi Awang) yang beliau buat pada 1981, itu adalah muktamad.

Menurut Rais Hadi bukan ahli jawatankuasa fatwa atau majlis agama Islam negeri, sebaliknya beliau hanyalah seorang ahli politik yang mengeluarkan pandangan sendiri dan pandangan itu pula berasaskan sentimen yang diselubungi oleh politik.

Rais juga berharap Hadi akan menarik balik tuduhan kafirnya ke atas pengikut Umno semasa berlangsungnya program itu dan jika beliau mahu meneruskan amanatnya, Hadi harus mendengar pandangan daripada tokoh-tokoh agama lain yang akan turut serta.

"Sehingga kini, belum ada lagi permohonan rasmi dari Hadi tetapi segala perancangan untuk menyediakan rancangan berbentuk forum tanpa kehadiran penonton studio itu sedang berjalan," katanya.

Rais menjelaskan demikian ketika mengulas mengenai hasrat Hadi yang mahu muncul dalam kaca televisyen secara langsung selama sejam untuk menerangkan keadaan sebenar berhubung isu pepecahan umat Islam selepas mengeluarkan amanatnya yang mengkafirkan Umno pada 1981, di Kuala Terengganu.

Dalam pada itu, Rais meminta parti-parti politik dalam negara ini supaya bersatu dalam konteks kemasyarakatan Malaysia.

Malaysia harus dibantu tanpa mengira latar belakang politik, agama dan budaya supaya negara ini terus mendapat tempat tertinggi dalam aturan keduniaan dan antarabangsa, katanya.

"Kita perlu bersatu dalam konteks di luar politik dan bukan hanya politik sahaja yang boleh satukan kita, tetapi perasaan kekitaan sebagai rakyat Malaysia," katanya.

"Orang PKR (Parti Keadilan Rakyat) perlu jayakan anak mereka, orang Umno pun sama, kita tidak boleh terlalu banyak berlopak dalam politik sampai kita lupakan negara dan kewarganegaraan kita," katanya.

5 comments:

  1. tiga kemunkinan:
    hj hadi akan tarik hand brake, tak jadi bersiaran di RTM.....takut kena balun ngan para ulama

    hj hadi akan bawa haron din sebagai back up dlm forum tersebut

    hj hadi akan bawa unit ANAL PAS utk stand by, kalau hj hadi terkantoi & x boleh jawab dlm forum tu...unit ANAL PAS akan merusuh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Unit ANAL PAS hanya reti akebeer je.....

      Nak merusuh??? Baru kene pukul dan luka sikit pun dah bising satu dunia kononnya BN zalim.. kata nak mati jihad... hak ptuiih..

      Delete
  2. tak payah nak bagi penjelasan dah,
    lagipun amanat orang tua tu dah basi..

    buat malu kat orang aje.

    ReplyDelete
  3. Nampaknya c kambing tua ni berdolak dalih plak, pasti dia tenbgah pikir cam na nak spin org2 melayu yg sememangnya mudah tertaksub, terpengaruh, terlalu mudah mempercayai pd puak2 ulama sesat PAS ni.Oleh itu pihak yg bertanggungjawab terhadap Kepentingan Orang2 Islam (melayu) mestilah bersedia ngan spin spin yg akan di lemparkan dlm Tv tu nnti, klu tak dah pasti apa yg di katakan tadi akan menyebabkan lebih ramai orang2 Islam akan sesat ( bagi pandangan saya secara peribadi akan wujud peningkatan mereka2 yg sesat nanti).
    Pihak Mufti dan ulama2 bertawliah juga harus bersedia terhdp kesan yg akan timbul bila c kambing tua ni buat hujah2nya, sememangnya kita tahu ci lebai c lebai tua dlm PAS ni sememangnya telah sesat ngan ajaran mereka.

    ReplyDelete
  4. Negara bakal melakar satu sejarah baru. Perlu persiapan rapi ni. Contohi pejuang2 UMNO terdahulu :
    http://www.youtube.com/watch?v=afJW1Z-LG5Y

    ReplyDelete

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...