HUDUD - "Tahun Ni Jugak, Takkan Tahun Depan" Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Hudud

KOTA BHARU - Kerajaan Pas Kelantan bersetuju membentuk jawatankuasa teknikal pelaksana Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) Kelantan yang akan dipengerusikan oleh Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah negeri, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah ketika memaklumkan perkara itu berkata, jawatankuasa itu dianggotai 19 ahli dari kalangan profesional termasuk beliau sendiri selaku Timbalan Pengerusi 1 dan sekiranya perlu keahlian mungkin ditambah.

Beliau berkata, ahli jawatankuasa yang lain antaranya Ketua Hakim Syarie, Datuk Daud Mohamad; Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad; Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan, Datuk Che Mohd. Rahim Jusoh dan Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman

Menurut Mohd. Amar, peranan jawatankuasa itu antara lain mengkaji kemungkinan kepada pelaksanaan enakmen itu berikutan wujud pandangan mengatakan ia boleh dilaksanakan tanpa perlu meminda perlembagaan dan undang-undang sedia ada.

"Jadi, antara tugas (jawatankuasa) ialah mengkaji kemungkinan yang ada dan ruang-ruang dan kalau ada mereka akan memberi cadangan-cadangan kepada kerajaan.

"Kerajaan tidak beri jangka masa kepada jawatankuasa bila ia bersidang (buat) kali pertama, mungkin ia akan selesaikan 'terms of reference' dan sebagainya," katanya selepas mesyuarat mingguan Exco di sini, hari ini.

Pada 7 Oktober lalu, Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengumumkan satu jawatankuasa pelaksana hukum hudud akan ditubuhkan selepas didesak pelbagai pihak.

Menurut beliau, jawatankuasa itu ditubuhkan bagi menentukan bagaimana Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) Kelantan 1993 bakal digazetkan untuk pelaksanaan serta penentuan semua perkara berkaitan seperti pelantikan hakim.

Mengulas lanjut, Mohd. Amar berkata, wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tidak dilantik menganggotai jawatankuasa berkenaan kerana kerajaan sudah memberi mereka ruang untuk mengemukakan pandangan dan tumpuan kini diberikan kepada golongan profesional yang berkaitan.

"Hari ini, Exco buat keputusan dan kita akan buat surat (pelantikan) serta terserah pada masing-masing untuk terima atau tidak. Yang penting, apa yang kita nak buat adalah dalam kerangka undang-undang.

"Polis dan penjara terlibat kerana (melibatkan) soal penguatkuasaan. Kalau enakmen boleh dilaksana dari segi undang-undang, tentu ada penguatkuasaan dan di situ peranan polis dan penjara," katanya. Petikan berita bertarikh 24 Oktober 2011.

KOTA BHARU - Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Hudud kerajaan Pas Kelantan masih gagal diadakan sehingga kini meski pun telah ditubuhkan sejak Oktober tahun lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah negeri, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah berkata, beberapa tarikh mesyuarat telah dicadangkan sebelum ini namun ditangguhkan kerana kesibukan Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakub.

Menurut beliau, Ahmad yang juga Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Hudud mempunyai pelbagai komitmen lain dan mesyuarat jawatankuasa itu hanya boleh diadakan dengan kehadiran Ahmad.

“Kita tidak bimbang sekiranya dikritik lambat mengadakan mesyuarat kerana pada asasnya Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) Kelantan 1993 sudah lama kita gubal dan sahkan.

“Apa yang tinggal sekarang hanyalah daripada sudut teknikal, maka tidak menjadi masalah jika ia mengambil sedikit masa,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.- 18 April 2012
l
Minit 3.40 - 4.02 pandai sungguh Tok Lebai ni...Kahkahkah. Berbaloikah dengan tergadainya tanah tetapi HUDUD masih tak terlaksana ??? Tahun ni jugak takkan tahun depan ? Tahun mana ?

3 comments:

  1. Hari ni dah 31 Dis 2012..esok dah tahun baru 2013,tahun depan tu tahun mana?

    ReplyDelete
  2. Tahun Unta...

    ReplyDelete
  3. Tahun kegelapan dan kehancuran pas....tahun bye bye pas.

    ReplyDelete

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...