DEDAH PENGAKUAN MANGSA PECAH KEPALA JADI ALAT DEMONTRASI GANAS DI KELANTAN

Dalam keghairahan kita berbicara mengenai demontrasi adakalanya kita terlupa untuk menghayati demontrasi yang diadakan itu secara ilmiah dalam konteks realiti dari apa yang telah berlaku. Maksudnya dari apa yang didapati dalam tujuan demontrasi yang diadakan  itu, apakah ia menepati dari kehendak keatas perkara yang dituntut?

Setiap mereka yang menganjurkan demontrasi itu punyai niat dan kepentingannya yang tersendiri, samada niatnya itu baik untuk seluruh rakyat ataupun hanyalah untuk mencapai sesuatu keuntungan didalam politik, itu terletak kepada apa yang berlaku didalam penganjuran demontrasi tersebut.

Politik pula adalah satu hal dimana keberlakuannya sentiasa berada diluar jangka kotak pemikiran rakyat biasa, bagi Pakatan Rakyat mereka lebih arif dalam memanipulasi setiap demontrasi yang mereka lakukan dengan menimbulkan satu situasi yang menampakkan seolah-olah kerajaan Barisan Nasional dan pihak berkuasa bertindak zalim keatas mereka.

Pertembungan demontrasi yang berlaku di Kota Bharu pagi tadi diantara kumpulan SEDAR dan TEAM "R" adalah satu perancangan licik pemimpin Pas Kelantan, kegagalan membaca perancangan tersebut sekaligus memberi kesan besar terhadap politik Kelantan, dan sudah pasti pemimpin Pas akan menjaja cerita rakyat "pecah kepala" dipukul oleh samseng Umno disetiap ceramah mereka bagi meraih simpati dari rakyat.

Jika diamati setiap demontrasi yang disertai oleh Pas ataupun Pakatan Rakyat pastinya mendatangkan masalah, selalunya mereka akan menyalahkan pihak polis kerana adanya gas pemedih mata yang menjadi punca kepada huru-hara, dan jelas walaupun tidak ada gas pemedih mata kekacauan tetap berlaku dan orang lain jua yang disalahkannya, namun cubaan menfitnah untuk mengatakan adanya gas jelas disebut pada klipvideo dibawah sebelum cubaan itu dipatahkan oleh seseorang.

Kesimpulannya kekecohan yang berlaku pada perhimpunan tadi adalah satu perancangan licik oleh individu tertentu, dan perkara ini adalah jelas jika ia dianalis dari keterbukaan minda fikir berserta fakta yang kukuh, diantaranya seperti masa dan tempat perhimpunan itu yang mana NGO SEDAR terlebih dahulu menetapkannya sebelum seminggu selepas itu TEAM "R" pula mengumumkannya. Apakah sudah tidak ada tarikh lain untuk mereka jika ia bukan satu perancangan ?

Ore Kelate kato "Ore bodo makane ore cerdik", dan Gk kato pecoh kepalo tu adalah perancangan orang yang licik. Sejauhmana NGO Umno mampu untuk mengatasi perancangan licik seperti ini? Jangan terlalu jinak untuk masuk kedalam perangkap, kerana kesannya turut tempias kepada organisasi yang besar. Apapun perhimpunan ini berjaya untuk diperlihatkan kepada umum bahawa sokongan rakyat Kelantan terhadap Pas masih utuh dan tidak berganjak.

Keadaan ini adalah petanda bahawa segala apa yang telah diusahakan oleh bukan sayap Umno semuanya adalah gimik kontang berkepentingan peribadi semata-mata tanpa memberi kesan kepada rakyat Kelantan. Masih ada masa untuk memperbaikinya. Punca paling besar adalah tugas Penerangan yang gagal melaksanakan amanah yang diberikan selari dengan transformasi yang diperkenalkan oleh YAB Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, atas hakikat itu Anda Mampu Mengubahnya...

5 comments:

  1. Rupa2nya selamo ni puak2 umno kakah gong la belako...dengar ramai dale umno ore cerdik pandai yg hadir ptg tadi.. otak jah ada akal takdop...baso bengong!!!

    ReplyDelete
  2. Sekali lagi orang tolol diperkuda oleh pihak yang sengaja ingin menunjuk kehebatan, ingin menimbulkan kekecohan.

    Ini demo-crazy tahap cipan. Aku tak hairan kalau PR perintah Malaysia pun, pengikut2nya terus menerus dengan demo-crazy macam ni. Dah macam itu diajar. Dan Malaysia akan terus terusan huruhara.

    Hanya satu cara untuk kekalkan keamanan di negara kita ini, kalahkan PR seteruk2nya. Biar pemimpin mereka bodoh setahun, tak boleh nak fikir apa yang dah terjadi.

    ReplyDelete
  3. masalahnya pemimpin umno sendiri jenis penting diri sendiri..ada ke diarang tahu taktik sebenar PR dengan mengadakan demo tadi...takkanlah seorang pun tak boleh fiir..berlagak jah pandai...

    ReplyDelete
  4. Kalau aku jadi leader kat situ, memang aku batalkan demo SEDAR tu, tunda hari lain. Biar nampak takut tapi cerdik. Orang pro BN pun bukan suka konfrantasi jalanan macam ni, bukan budaya kita, sebab tu tak ramai.

    Buat masa ni kena dedahkan sejelas2nya (bersama bukti jika ada) siapa yang menjadi dalang dalam pertembungan dua kumpulan itu. Memang sengaja nak cetuskan huruhara.

    ReplyDelete
  5. Kepada Saudara-saudara dan Saudari-saudari yang hormati sekian,
    Bahawa saya, peguam Yip Jiun Hann, Pemuda MCA Gombak seorang anak Yip Kum Fook ingin bertanya mengapa orang ramai begitu dengki bapa saya beristeri lebih dari tiga? Ini sebuah Negeri demokrasi, dia mahu sepuluh isteri pun hak dia sendiri, sekiranya dia bolih bertanggujawab.

    Demi Islam pun bolih berkahwin lebih daripada empat perempuan. Saya harap orang ramai berfaham dan jangan bodoh.

    Kalau semua mahu cabar demokrasi dan hak asasi, orang ramai bolih bertanya pada YB Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak and Pengurusi MCA Malaysia Datuk Dr. Chua Soi Lek, kerana memperbuatan mereka sama dengan bapa saya.

    Yang benar

    Pemuda MCA Gombak
    Sdr. Yip Jiun Hann

    http://margeemar.blogspot.com/2012/06/malaysia-between-les-majeste-treason.html

    REPLY:

    Anon 19:31 @Yip Jiun Hann. saya pekenal saya diri sendiri nama seorang lawyer jugak Marapoo a/l Tanyasapa. Ini orang Malaysia juga ada busybody takdak mau respeck sama demokrasi dak hak-hak kemanusiaan. Saya punya appa juga ada kawin 9 kali estet juga buat. Itu saya punya appa kasi bilang ini Malaysia duduk banyak freedom apa..India, Cina , Malayu juga boleh kasi kawin.Tapi itu Islam kasi kawin Ampat saja Mr.Yip, takda kasi lebih. Tuhan Alah cakap dalam Kitab Kuran kasi kawin satoo,duaa,tigaa, ampaaat. Tapi itu jam kaloo takda bole kontrol mari, angkat satoo jugak Mr Yip. You itu jam angkat Loyer mana ounya tempat?? Univesiti TonSan mana?? Mr.Yip itu main belakang mari pun sini undang2 Malaysia takda kasi macam isteri juga. Itu main banyak2 belakang nanti tabley kira macam you punya bapak loo. Ayoo yoo dey

    http://medantempurkedah.blogspot.com/2012/07/kebodohan-suara-keadilan-persoal-kenapa.html

    ReplyDelete

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...