SOLAT POLITIK PAS 17 - BELUM PATAH SUDAH TUMBUH BERGANTI


Solat politik kembali lagi, Solat politik ni sebenarnya diperkenalkan oleh ayahnda kepada tuan empunya gambar diatas yang juga Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebelum diwariskan kepada anaknya Nik Abduh yang dikatakan sudah lebih 10 tahun teringin nak jadi calon sehingga PRU13 menyusul tiba.

Apa nak jadi ? nampaknya tugas Gk sebagai blogger bebas ni semakin mencabar bilamana belum patah lagi dah tumbuh berganti, sebenarnya bukan sekadar menjadi tugas seseorang individu sahaja akan tetapi wajib bagi umat Islam untuk menyelamatkan agama Islam daripada terus diwayangkan oleh orang politik dimerata-rata tempat seperti gambar tersebut

Perlukah solat seperti itu dipertontonkan di khalayak ramai oleh orang politik yang cara kehidupannya bukanlah mengikut seratus peratus cara Islam. Bila keadaan itu berlaku kepada orang politik bukankah solat politik seperti itu akan dipertikaikan, bila begitu apakah keuntungan politik yang didapati dari solat politik itu? Mungkinkah bila ditegur  ianya menuduh orang lain pula yang menghina solat dan sekaligus dimanipulasi menghina Islam sedangkan perbuatannya itu tidak bertempat.

Apa lagi yang nak dijelaskan jika solat politik itu berlaku. Kalau solat kat masjid conform orang takkan pertikai dan kalau bukan solat politik solat apa lagi yang dikerjakan berseorangan begitu, misal kata berada di tempat seperti demontrasi dan masuk waktu solat mesti solat secara berjemaah,

Jika solat sunat tidak cukup afdalkah  dengan bangun disepertiga malam untuk solat tahajud lalu menadah tangan dan berdoa kepada Allah dengan memohon segala hajat yang terbuku dihati. Cara itulah sebenarnya yang dianjurkan didalam Islam yang mesti didahulukan. Gk bukanlah nak menyibuk sangat tapi nak banteras sebelum ia bermaharajalela mempengaruhi pentaksub menyebarkan riak.

Pada zaman ini solat dimerata tempat sebegitu hanyalah dilakukan oleh orang politik dan sangat wajarlah untuk kita menklasifikasikannya sebagai solat politik supaya Islam tidak terus tercemar dengan solat yang bersifat menunjuk-nunjuk sebegitu.

Tidak salah untuk orang Islam bersolat pada keadaan demikian, namun berpadalah dengan kemudahan dan kesesuaian pada zaman ini, kerana solat berseorangan diatas padang begitu dan dilakukan pula oleh orang yang memperkenalkan solat politik ia tidak lain dan tidak bukan hanya bertujuan untuk menunjuk-menunjuk atas keuntungan dalam politik.
Buktinya.......
Perlukah ini ?
Kenapa tidak ini ?
Kalau ini mungkin keterlaluan !

Kenapa Gk berani berkata demikian??? Dalil yang jelas untuk menyokong dakwaan tersebut adalah kenderaan yang dipakai oleh Nik Abduh ini, Kalau melihat kepada keadaan alimnya beliau menunaikan solat dimerata tempat begitu, rasanya tidak patut kereta seperti Honda Elysion ini dimiliki oleh beliau. Tambahan pula no pendaftarannya juga agak special dan melambangkan kemewahan seorang pembazir bukannya seorang islam yang alim ataupun abid.

Ini contoh perkara yang dapat kita lihat, yang kita tak nampak kita pun tak tahu. Kalau memakai kereta pun nafsunya seperti kita yang jahil apakah perkara-perkara lain tidak sama seperti kita yang jahil juga, tapi kalau yang taksub tu memanglah buta tak nampak apa semuanya dikatakan baik sehingga boleh merosakkan dan menyesatkan seseorang pemimpin.

Kalau kita ni benar pendokong Islam kita takkan pandang kereta dan no pendaftarannya yang sebegitu, harta-harta lain yang tak nampak tak tahulah macammana, perlukah kereta sebegitu jika masih ada lagi rakyat yang tak cukup makan dan daif sehingga tidur pun bersama kambing, berlaku pula bukan di hulu Kelantan tapi didalam kawasan Ulamak zuhud sendiri. Apalah salah kalau setakat pakai kereta Proton Wira ke. Tidak semestinya pakai kereta lama zaman purba. Berpadalah dengan milikinya sebagai kemudahan dan kesesuaian pada zaman.

Buat pentaksub usah ditutup kotak fikir anda dengan cabang-cabang kesesatan, tahukah anda apa kata Nik Abduh dalam jawapan beliau kepada isu kereta PAS 17 itu ? Ianya pasti berdalil dan pasti tidak salah kerana dia maksum juga, peghhh sama macam ayahnda beliaulah, mantiknya sentiasa melalaikan pentaksub. Insyaallah Jawapan beliau itu akan diterbitkan pada artikel seterusnya berserta hujah dan dalil yang dihujahkan oleh Nik Abduh...Anda Mampu Mengubahnya...

25 comments:

  1. Di khalayak ramai orang..nak tanya kenapa Malaysia dah tiada lagi mesjid ker surau ker atau madrasah? Takkan nak solat pun kena tunjuk kat orang..ini keha cara PAS nak terjemahkan mereka ini sahaja ISLAM sedangkan orang lain tidak ISLAM? Jangan kamu bongkak dan menunjuk bahawa kamu adalah oang beriman dan belum tentu solat itu diterima oleh ALLAH SWT. Tolonglah hentikan drama swasta atau wayang tinggi produktion. Lihat kekayaan yang kamu sekeluarga miliki. Afakah rakyat kelantan mampu miliki kekayan seperti kamu wahai Nik Abdah dan Nk Aziz?

    ReplyDelete
  2. Pasti orang2 ini ada jawapan nya yg tersendiri! antaranya ialah dimana2pun boleh solat.Standard !

    ReplyDelete
    Replies
    1. bergantung pada kemudahan seperti masjid, surau yg telah disediakan. bukankah solat berjemaah itu lebih afdal 27darjatnya berbanding solat bersendiri

      Delete
  3. Orang PAS tak boleh solat di masjid atau surau yang dibuat oleh Kerajaan BN kerana pahalanya tidak terangkat ke langit.

    ReplyDelete
  4. dalam banyak2 bangunan tu , dalam sebesar2 kawasan tu , mustahil tak ada ruang langsung utk solat sehingga terpaksa solat tengah rumput dekat dengan laluan orang ramai ! mustahil !!!

    darurat sanggat ke sehingga buat gitu ?

    sah atau batal solat itu perkara kedua , tetapi disiplin dan cara ..tempat dan adab itu meragukan , apakah memang begitu taktik politik orang pas ? berlagak dan menunjuk-nunjuk tak kira waktu dan tempat ?

    ReplyDelete
  5. JANGAN RIAK SUDAH LAH...WALLAHUA'LAM

    ReplyDelete
  6. Itu namanya solat politik ajaran tariqat sesat N.Ajis. Bacaan niatnya:

    "Sengaja aku solat riak 2 rakaat kerana ndak menunjuk kat orang UMNO" diikuti dgn takebeeeerrr!!

    ReplyDelete
  7. heran bin pelik. selalu yang buat gini gang Parti Anutan Setan ni lah. dulu si nizar lambai sembahyang hajat tengah2 orang ramai kat perkarangan mahkamah masa kes apa ntah dengan ds zambry aku dah lupa. dengan bongkak dan sombongnya mengatakan pehak dia akan menang sedangkan ds zambry rilek je alih2 dia kalah. so solat hajat tu Allah tak terima ke?

    pastu nirky arjis dan la ni anak bapak pulak. apa sudah kurangkah tempat2 ibadah kat malaysia ni atau tempat2 lain yang lebih bersih dan sesuai. ni bukan apa nak menunjuk kat orang konon betapa waraknya mereka. tambah2 lagi nanti kuar pulak tanda lebam kat dahi lagi lah pentaksub kagum. pentaksub dan pencacai tegar dah memang sejak azali bodoh. sedangkan kita sendiri tak pasti tanda itu sebagai apa kan. aku tak pernah pulak dengar nabi pun bertanda dahi. tak tau lah aku yang terlepas pandang kut. zuhudnya mereka dalam menjalani kehidupan ye. ptuihhhh. piii rahh tengok cara hidup mereka dari segi keta beserta no plat special tu, umah, harta2 lain seperti tanah ke saham ke apa kita tak tau la kan. maklumlah depa ni mengamalkan MATLAMAT MENGHALALKAN CARA hinggakan ada yang kata tak tau betul tak Tuan sabariah (mak si nik abduh ni lah, tak sure la namanya bukan apa tak glam) yang tak menyumbang apa2 pada negara waima kelantan sekali itu pun boleh tahan gak asetnya. zuhud la sangat kan. ingat orang yang islamic image ni yer lah yang pmpuannya dok berkelambu ke sana kesini, tudung pulak labuh sampai hampir ke kaki, yang lelaki kain serban berela2, kat kepala lengkap dengan janggut sejemput tak pandang dunia rupanya 2 x 5 gak rakusnya dengan orang lain yang ala2 je alimnya. teruskan lah lakonan kamu anak beranak sampai ke hujung nyawa. anda semuakan pelakon yang hebat. tapi Allah tidak hanya melihat pakaian kamu tapi juga melihat hati kamu.

    ReplyDelete
  8. Mohon dipautkan blog saya di blog hebat tuan.
    http://assassincyber.blogspot.com
    Blog anda telah kami pautkan.

    ReplyDelete
  9. Solat tu... benar.... meletakkan syariat untuk snadara politik peribadi itu ..salah parking...

    Isunya bukan solat... Tapi ... si anak nik ajis ni lebih ketahui.... cuup cukuplah gunakan agama untuk politik peribadi....

    Ini mungkin warisi keturunan atau genetik khurafat..

    Ahli assunnah wal jamaah yg berteras Al Quran dan Sunnah... perlu mendidik masyarakat dgn lebih aggresive lagi... sebab iblis dan mengamuk sakan,,,

    Oooo alah... ikut Ayoohando...

    ngarut... sokmo.. ore cayo...

    Hperancis.

    ReplyDelete
  10. IMAM GHAZALI ADA MENULIS DALAM KITABNYA BAHAWA GOLONGAN RIYA' ITU BUKAN SEKADAR MANUSIA YANG BERBUAT SESUATU UNTUK MENUNJUK-NUNJUK KAT ORANG TETAPI JUGA MANUSIA YANG NAK TUNJUK KAT ORANG BAHAWA DIA TAK MENUNJUK KAT ORANG. PI BACA KITABNYA KALAU TAK PERCAYA. BEGITU BANYAK MASJID, BEGITU BANYAK SURAU MALAH DALAM SETIAP BANGUNAN KERAJAAN MALAH HOTEL KAT MALAYSIA NI PASTI MENYEDIAKAN SURAU UNTUK SESIAPA SAHAJA MASUK DAN SOLAT. TAPI KAT SITU PULAK PILIHANNYA UNTUK SOLAT. WARASKAH MANUSIA INI????

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa yg.mereka lakukan adalah perkara baik...dlm bab solat terutama solat sykur...kita kena lakukan pada waktu selepas kejadian atau apa jua yg.mengembirakan hati atas perkara perkara kebaikan..maka kita buktikan kepada Allah dgn syujud syukur di tempat itu gek...melewatkan niat akan mengundang rasa ragu ragu.contoh nya jika org.bagi kita hadiah di tangan kita..bolh kah kita tangguh esok atau nanti di rumah baru ucp.terima kasih?.

      Sya yakin mereka yg.kurang ilmu..akan menyanggah perkara ini..dgn berbagai alasan..sebenarnya dan percaya lah org.yg.dlm ketogeri ini ada lah mereka yg suka melambatkan solat dn kemungkinan x solat langsung kerana jika dia faham tentang solat dia x akan mempertikaikan nya.

      Wallahuaklam.

      Delete
  11. Bukan A.R. Tompel ke tengah solat tu?

    Nak tolong negeri untuk mengambil hati rakyat haram tak da. Pasal itu leceh lagi ada kos. Tolong poket sendiri tak pa.

    Jadi untuk menarik hati rakyat tanpa keluar satu sen haram ialah dengan cara menunjuk nunjuk.

    Keturunan binatang ni tak pernah sentuh walaupun secebis buku Tarikat pun. Cuba baca bab Penyakit penyakit Hati.

    ReplyDelete
  12. lagi satu terdesak sangat ke nak solat tu sampai sejadah pun takde..? kurang2 pun lapik la dengan kain...ish..ish..teruk sangat ke sampai buat macam ni..?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sembahyang sunat syukur x perlu sejadah...cukup dgn apa yg.sudah di fikirkan tempat itu bersih selamat....

      Sunat syukur di lakukan hanya utk memuji kebesaran Allah atas perkara kebaikan yg.kita terima...

      Contoh nya kereta Tuan x-cident,anak isteri dan Tuan selamat.,maka syujud lah di kawasan selamat di area itu gek...x der sejadah x der surat kabar kain x der x per...syujud lah...

      Tuan belum tahu soal solat maka tuan berkata begitu atau mempertikaikan nya begitu...

      Belajar lah dan berguru wpun dah tua atau di penghujung usia...x salah belajar.

      Org.berilmu tidak akan berkata pada perkara sia sia...apa lagi atas sifat syakwasangka buruk. BELAJAR LH BAB SOLAT dan ajak anak anak isteri sekali.

      Walahu'alam.

      Delete
  13. benda2 ajaib akhir zaman. antaranya ialah cara2 solat, seolah2 org lain dh lama tidak bersolat. kena buat show!!! tp bukan dimasjid atau surau. org takut masuk surau dan masjid.

    ReplyDelete
  14. jenis manusia riak yg hanya membinasakan dan menghancurkan dirinya sendiri, manusia jenis ni senghaja meminta dirinya dikutuk dan diazab oleh Allah, manusia jenis inilah juga yg meminta dirinya sibakar oleh api naraka jahanam secara ghaib...ingatlah, Allah Maha Memberi apa yg mahkluknya pinta, yg baik akan diberiNya kebaikan manakala yg riak/munafik akan diberiNya kebinasaan dan kehancuran.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mengapa mereka yg mendirikan solat di pertikaikan....?

      Sedangkan mereka yg.melakukan maksiat...Tuan diam...?

      Sya yakin harta atau ganjaran(pendapatan) yg. tuan makan belum bersih dari perkara perkara yg.makruh/haram.,maka kerana itu hati dan jiwa Tuan x dapat menerima sesuatu kebaikan atau berbaik sangka atas perkara yg.di lihat sebagai kebaikan(Solat) dan sebalik nya berdiam diri bila melihat kemaksiatan .

      Tepuk dada tanya diri...

      Jgn maree.

      Delete
  15. Tu tak kira lagi solat hajat politik, doa politik, yaasin politik, takbir politik, munajat politik. Dahnik azis kata semuadlm Al Quran tu ayat politik. Sampaikan nabi berhijrah ke madinah pun kerana politik. Yang peliknya, harussani dikritik hebat oleh nik azis kerana bercakap pasal politik. Dah semua cara hidup ni politik, pasai apa org ckp politik pun tak boleh? Sebabnya hanya satu iaitu cakapan yang tak memihak kpd politik pas adalah haram disisi nik aziz. Penyokongnya tak nampakkk.... Taksublah katakannn

    ReplyDelete
    Replies
    1. nampak macam baru lepas semayang jumaat, based kepada org yg lalu lalang pakai kopiah dan bawa sejadah. kat kl mmg byk masjid tak dapat menampung jemaah jumaat, sampai kena solat kt luar dewan solat. pastu ramai juga yg abis bagi salam terus gerak, xsempat nk aminkan doa dengan imam dan kadangkala melintas depan orang solat sunat

      Delete
    2. aishh..teruk sgat fitnah ni,.n aku heran bila dsbut sal solat politik..bila lak tok guru ad sbut sal solat politik lam vdeo 2??.

      Delete
    3. Mereka x faham bab solat....

      x dapat membezakan solat wajib.,solat sunat( muakad),solat sunat syukur...

      Puak puak yg.mcm nie, adalah mereka yg.cuma tahu diri mereka Islam....Tapi dalam penghayatan Islam mereka x tau...coz soal solat pun mereka x dpt membezakan antara satu sama lain.

      Itu makanya mereka begitu lantang mempertikaikan nya.

      Kesihan antara mereka tentu dah balig..atau ada yg.sudah hampir habis gas..masih belum tahu bab solat sepenuh nya.

      Innallilahhiwainnailaihirajion.

      Delete
  16. Manusia tak ada hak utk menentukan ibadat seseorang samada ikhlas atau tidak, apa yang ada dlm hatinya kita serahkan kpd Allah.Lagipun solat sah dilakukan dimana saja di atas muka bumi ini asalkan tempat tu bersih.Dalam sejarah islam pun Nabi s.a.w pernah solat di atas kenderaan Baginda yang ditarik oleh seekor binatang, dan sudah tentulah arah kiblatnya akan berubah-ubah dan perbuatan Baginda akan dilihat oleh orang ramai. Adakah perbuatan nabi itu salah? dan adakah tiada tempat yang sesuai utk nabi berhenti utk solat?

    Rasanya eloklah kita bincangkan pula tentang bagaimana nk memastikan semua orang islam melaksanakan solat, dlm dunia ni hanya berapa peratus sj umat islam yg solat sepenuhnya. Ingatlah bahawa satu waktu kita meninggalkan solat dengan sengaja maka balasannya ialah akan disiksa selama 560 tahun didalam neraka.Kalau umur dah 30 tahun belum pernah solat lagi maka hitungkanlah 15 tahun(slps baligh) X 365 hari X 5 waktu solat X 560 tahun dlm neraka.
    Marilah kita bertakwa kepada Allah.

    ReplyDelete
  17. Assalamualaikum kepada semua..

    di sini saya nak beritahu bahawa gambar pertama yang ditunjukkan adalah gambar orang yang menunaikan solat sunat lepas solat jumaat di perkarangan menara/bangunan tabung haji KL.. kepada sesiapa yang tak tau, orang2 kat area KL, selain menunaikan solat jumaat dkt KLCC, ada jugak orang yang menunaikan solat kat menara tabung haji. saya sendiri pernah solat atas rumput sekitar tempat gambar yang pertama tu tunjukkan. saya penyokong kerajaan dan saya mintak tidak di spinkan gambar pertama tu. tapi yang saya musykil bab gambar TGNAziz:
    1) kenapa dia solat kat bawah pokok, kelantan tak ada duit ke nak buat Surau/Masjid? takkan nak blame kerajaan sebab kononnya kerajaan amik royalti minyak?
    2) kenapa kalau TGNAziz orang yang dikira ulamak ulul amri, dia sorang je yang menunaikan solat? orang2 pas lain pi mana? takkan sedap amik gambar je? bukan ke lebih afdal solat berjemaah?

    ReplyDelete
  18. maybe dia nak jage solat diawal waktu...sebab solat di awal waktu adalah ridho Allah.kan ad hadi yg nbi bersabda"awwlul wakti ridwallah wa akhiru a`fwallah"solat awal waktu ridho Allah dan akhirwaktu keampunan Allah .sapelah kita nak tuduh dia macam macam........

    ReplyDelete

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...