Isu Tanah Rakyat - Pemimpin Umno Kelantan Penakut Atau Menjadi Barua Kepada Pas ?

Segagah mana Umno Kelantan mahu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat segera isu berkenaan ? berkesankah apa yang dimahukan itu ? Atau sekadar cakap-cakap sebagai penyedap ruang kepada isu yang sedang berbangkit.

Dalam isu ini, kita agak kesal dengan sikap segelintir pemimpin BN yang lebih rela menjadi barua  Pas daripada mendedahkan isu yang melibatkan kepentingan rakyat.

Melalui pemerhatian, wujudnya politik menjaga kepentingan masing-masing diantara ADUN BN dengan kerajaan Pas Kelantan.

Seperti isu yang didedahkan oleh blogger pisau.net mengenai pemberian 10,000 ekar tanah kepada DAP, masakan pemimpin BN khasnya Adun yang senantiasa 'bergelewat' dengan pimpinan Pas Kelantan tidak mengetahui akan duduk perkara yang sebenarnya  berhubung isu itu. Atau mulutnya juga telah terkunci dengan beberapa ekar ganjaran tanah ? Sungguh tidak masuk akal jika pemimpin BN Perak lagi agresif  biarpun isu ini berlaku diluar kawasan mereka.
Sepertinya ada yang tidak kena....Apa yang rasa tidak kena itu seharusnya disiasat bagi mengelakkan sebarang kecurigaan yang timbul diminda-minda mereka yang sedang memerhatikan keadaan politik yang berlaku di negeri Kelantan ini. Apa yang pasti kemenangan BN di DUN sediamenang di Kelantan akan berterusan, apakah kita melihat jentera Pas menumpukan sepenuhnya gerak kerja mereka dikawasan yang mereka kalah ini, atau kawasan itu sudah di-reserved-kan bagi balaci mengimbangi kelangsungan pemerintahan Pas di Kelantan.

Jika diperhatikan dalam sidang perbahasan DUN Kelantan, BN seakan ketandusan pemimpin berkaliber antaranya seperti YB Alwi - Adun Kok Lanas, dimana perbahasan dan serangan isu yang dibuat keatas kerajaan negeri agak jitu diluar konteks balaci dan memberi imej yang baik (cerdik)  kepada BN.

Hal itu jauh berbeza dengan apa-apa isu yang dibangkitkan oleh sebahagian Adun BN yang lain, mereka seolah-olah lebih gemar menghunus keris begitu tajam tanpa menusuknya sehabis dalam, seperti sengaja membiarkan  mangsa bangkit untuk melawan dengan perolehi  imej begitu bergaya dimata rakyat. Keadaan yang berlaku itu buatkan kita tertanya adakah pemimpin Umno Kelantan penakut atau telah menjadi barua kepada Pas. Anda Mampu Mengubahnya.

8 comments:

  1. perkara ini sudah lama diperhatikan. tokpa buat apa?

    ReplyDelete
  2. Habis hang Tokpa... jawab balik...

    ReplyDelete
  3. Inilah uniknya orang orang kelantan.......habis semua orang diMalaysia ditipunya ....Umno dikelantan adalah pas.Untuk mengimbangi dan mendapat sumbangan berterusan pusat ....pas harus membiarkan beberapa kawasan dikuasi BN.
    Pada hakikatnya TOK PA ,Anuar musa ,tengku razaligh tidak kuat pengaruhnya .Merika ni adalah pelakun utama drama di kelantan .........Pada BN lupakan terus kelantan jika kalah lagidiPRU13 nanti .......

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cari maklumat. isu tanah telah dijwb olh s/u akhbar tokguru.

      Delete
    2. umno kelate jangen asyik jadi pasukan belasahan pas kelate lah cukup2 lah tu... kaloh sokmo pru start dari 1990 hingga pru 12. Cuba jadi kuat macam pasukan bola TRW.

      Delete
  4. ambo tak berapa jelas 4,259.9 hektar ko atawa 10,526 hektar? hak mana sa betol nih? Tuduhan lagu ni kalu wat masuk mahkamah tak lekat kes ni, nya lepar ko tok akim kok jenelor.

    Hok ambo dok perati dan tau gak bukan setakat 10,000 ekar jah dok bui ko cina nya. Kalu kira tanah utan yang ada balak lama dah abis. Lo ni cucu balak pon dah abis licin pah kedalam taman negara nya pakat keghik. Bukan setakat cina perak jah, cina seremban, cina segamat pon ada amek hutan ni. Takdok gapo satu doh loni.

    Rasa-rasa tak timbo jadi barua Pas puak-puak UMNO Klaten ni. Yang sahnya cina luar yang dok wat tubek hasil mahsul, rakyat Klaten sediri dok harap jual nasi kerabu, jual etok dengan peraih timun dalam market jah nak buleh samah seghia. Oghe UMNO bukan setakat di Klaten jah yang pakai kereta besar, rumah mela'a la'a, negeri lain pun serupa. Demo jadi broka projek belaka. Nak tuduh bepakat dengan PAS jual tanah rakyat tu ambo tak berani kata.

    ReplyDelete
  5. harapkan YB Alwi sahaja sebagai dun umno kelantan yang berani dan yb dun umno kelantan yang lain tak tahulah tengah buat apa. Takut sangat ke yb dun umno kelantan pada yb dun pas kelantan??????? takkanlah yb dun umno perak jadi jaguh juara untuk rakyat kelantan pula?????

    ReplyDelete
  6. kalu umno kelantan nak dedah salah guna pas kelantan pun.... umno kelantan kena ada bukti kukuh dulu dan pahtuh baru buleh dedah salah guna pas keantan dan baru boleh dibicara dimakhamah.... dalam hal tanah ni jangan sampai jadi macam skandal dina mas kelantanlah sebab tak cukup bukti kukuh dan lah sekali skandal dinar mas kelantan bebas drp salah guna kuasa dan bila jadi macam tu dan diketawa lagilah pas kelantan pd umno kelantan

    ReplyDelete

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...