VIDEO - KEMESRAAN ABBY ABADI DAN NASRUDDIN TANTAWI

Arbaieyah Abdul Manan atau lebih popular dengan Abby Abadi yang kini dikatakan sentiasa muncul dipentas-pentas ceramah Pas dilihat agak intim dengan Ketua Pemuda Pas Pusat Nasruddin Hassan berbanding dengan Pak Ustaz-Pak Ustaz Pas yang lain.

Abby yang sentiasa berperwatakan manja mula cenderung kepada agama sekaligus dimanfaatkan oleh Pas untuk bersama mereka ke setiap program ceramah yang diadakan diseluruh negara. Populariti Abby Abadi tidak disia-siakan sebaliknya  usaha pendakyahan ajaran Pas dilakukan berterusan untuk Pas menumpang diatas populariti yang masih dimiliki oleh Abby jika berjaya mempengaruhinya .

Kehadiran Abby dipentas Ceramah Pas meningkatkan lagi kehadiran penyokongnya sekaligus dapat mengumpulkan sumbangan derma yang berlipat ganda kepada Pas, selain itu ia turut memberi semangat yang luar biasa kepada Pemimpin Pas terutama Ketua Pemudanya.

Mungkin kemesraan gurauan manja yang ditunjukkan Abby kepada Nasruddin itu kerana mereka berdua sudah rapat walaupun Abby mengatakan baru dua kali mereka berjumpa. Sungguhpun begitu apa salahnya, lagipun pemimpin Pas memang terkenal dengan pembukaan cawangan baru, takkanlah Mat Sabu nak marah....
Abby yang sudah mula bercakap mengenai jodoh mengharapkan jodohnya dengan Ustaz setelah merasa serasi berdampingan dengan mambang hijau, pengharapan itu membuatkan mambang hijau sentiasa berkeadaan 'control macho' lebih-lebih lagi ketika dipuji oleh Abby.

Bagaimanapun kita sebagai umat Islam merasa syukur jika Abby dapat mengekalkan pendirian 'neutral' seperti hari ini kerana dengan itu sedikit sebanyak dapat dilihat ceramah Pas yang disertainya agak positif bilamana maki hamun dan fitnah yang kebiasaan dihamburkan sesuka hati oleh pemimpin Pas semakin reda.

Sebelumnya ceramah Pas yang tidak dihadiri oleh Abby adalah terkenal sebagai kilang pemprosesan dan pengeluaran maki hamun, tapi kini pemprosesan itu terhenti setelah rata-rata pemimpin Pas sedang berlumba-lumba menonjolkan kealiman mereka bagi merealisasikan hajat yang terpendam dihati.

Pada masa sama Pemimpin Pas sebahagian besar yang sememangnya musang berbulu ayam difahamkan akan turut membawa Abby ke Kelantan bagi mengisi program Pas disini. Keadaan ini juga mungkin memberi sedikit tamparan kepada seorang lagi artis Wan Aishah Wan Ariffin atau Aishah yang kurang diundang ke program Pas berbanding Abby.

Tindakan tepat Pas yang melebihkan Abby dalam jemputan ke programnya mungkin memberi kesan lebih baik berbanding menjemput artis yang popular dengan ungkapan " Saya jumpa Datuk Seri bukan nak minta lembu" itu yang dilihat lebih kepada mencari populariti murahan daripada omongan kononnya hidayah dan dakwah. Anda Mampu Mengubahnya...

11 comments:

  1. Sama cantek sama padan...macam pinang di langgor Steamroll !! buleh laa masok meminang...ada berani ?

    ReplyDelete
  2. elok juga bertemu jodoh dengan mamat tu sebab mamat tu pernah usung bini orang atas pentas pas sampai bercerai berai.

    ReplyDelete
  3. Ostad pas memang hebat dalam usung megusung bii orang....tak percaya tanya la, abe mat sabu,takpun abe tad omar perupok.Nak sedap lagi rujuk kepada yb selising...

    ReplyDelete
  4. Nanti kena PAS PAS...

    Cara dulu nak jodoh masuk Arkam...
    Cara terkini ..masuk Pas..........
    Yg bersuami pun .... dapat double...

    ReplyDelete
  5. kalau kawin cara elok apa salahnye..........cuba la engkorang pk masalah kat bukit bintang tu...hari2 ada yg kawin tanpa akad...renung2kanlah.....bersatu la hapuskan maksiat...

    ReplyDelete
  6. Elok la kalu Abby dah sedor.. Cuma aku nak ingatkan aje.. ikhlas ni.. Takbir "Allahuakbar" tu jangan dipermainkan.... Besar dosanya Abby.. dan kalau nak berceramah atas pentas bab agama.. biarlah dulu ada persediaannya. Jangan samakan berlakon dengan ceramah.. nanti nampak macam menari sumbang... tapi macamana pun kau tetap ayu Abby...walaupun sikit mengelabah...beruntuungla ustad. Tapi Abby.. bukan PAS saja ada ustad... parti lain pun ada ustad juga...lagi handsome. Fikir fikirkanlah Abby...


    -Rakyat Kelantan-

    ReplyDelete
  7. meleleh air liur munafik munafik pas piss pus tengok abby he he he

    ReplyDelete
  8. Kenapa lidah asyik terjelir saja? Nanti ada yang geram pulak

    ReplyDelete
  9. Gebu wehhhh.... Lupa terus ayat nak maki umno... hahaha... Aduyai manusia.

    ReplyDelete
  10. Ilmu apa agaknya yang Aby dapat bila berdamping dengan ustaz-ustaz. Agak meloyakan mendengar ucapan Aby ni yang meransangkan iman ustaz-ustaz PAS. Apa gaknya fikiran ustaz bila Aby "offer"

    ReplyDelete
  11. BAYARAN BALIK WANG TAK DITUNTUT DIJANGKA MENINGKAT RM95 JUTA TAHUN INI..KHAMIS, 04 DISEMBER 2008 12:00 AM

    KUALA LUMPUR: Jumlah bayaran balik wang tak dituntut (WTD) dalam simpanan Pendaftar Wang Tak Dituntut kepada pemilik dijangka meningkat sehingga RM95 juta pada tahun ini, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah.

    Pada tahun lepas, katanya RM58 juta WTD telah dibayar balik kepada empunya berbanding RM15 juta pada tahun 2002.

    "Melalui usaha berterusan yang dilakukan kerajaan, ramai pihak yang menuntut berjaya memperolehi wang mereka kembali," katanya di sesi soal jawab di Dewan Negara di sini hari ini.

    Sehingga Oktober 2008, seramai 51,000 orang telah memperolehi wang tersebut, meningkat daripada 46,000 orang pada tahun 2007 dan 42,000 orang pada 2006.

    Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan SENATOR DATUK YIP KUM FOOK(MCA Gombak) yang ingin mengetahui jumlah WTD yang terkumpul oleh pendaftar dan apakah usaha yang diambil oleh kerajaan untuk mengesan pemilik WTD ini.

    Ahmad Husni berkata jumlah WTD yang diterima setiap tahun oleh pendaftar menunjukkan peningkatan yang ketara apabila tempoh WTD selama setahun sebelum sesuatu wang yang tak dituntut perlu diserahkan oleh syarikat atau firma kepada pendaftar dimansuhkan melalui pindaan Akta Wang Tak Dituntut berkuatkuasa 1 Jan, 2003.

    Pada tahun 2006 dan 2007, katanya jumlah WTD yang diterima oleh pendaftar terus meningkat dengan kadar yang tinggi apabila banyak sekuriti tak dituntut diserahkan ke dalam Akaun Depositori Pusat Menteri Kewangan telah dijual dan hasil jualan dibayar kepada pendaftar sebagai WTD.

    Jumlah WTD dalam simpanan pendaftar sehingga 31 Dis 2007 adalah sebanyak RM2.85 bilion.

    Ahmad Husni menjelaskan bahawa pendaftar, selaku pemegang amanah sentiasa berusaha membantu orang awam yang menghadapi masalah dalam semakan WTD di syarikat dan firma berkenaan.

    "Orang ramai boleh mengemukakan pertanyaan melalui kaunter pejabat pendaftar atau panggilan telefon atau secara bertulis serta melalui internet," katanya.

    Kerajaan pada tahun 2006 telah membangunkan Sistem Kewangan dan Pengurusan Perakaunan Kerajaan di bawah kawalan Jabatan Akauntan Negara untuk menyimpan rekod WTD yang diserahkan oleh syarikat dan firma sejak tahun daftar 2005. BERNAMA

    * SENATOR DATUK YIP KUM FOOK tidak perlu bertanya apa-apa kerana dia ditipu ramai orang di Kepong dan juga playboy di mana-mana, dia sangat jahat, sekarang ramai orang tahu apa yang dia lakukan

    ReplyDelete

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...