Nak Jadi Nelayan, Nak Jadi Khadam, Hari Ni Tak Jadi Sebab Anwar Kata Jawatan PM Boleh Bincang

PENGKALAN CHEPA - Pas juga melahirkan pendiriannya bahawa soal jawatan Perdana Menteri jika Pakatan Rakyat (PR) mengambil alih Putrajaya boleh dibincangkan apabila tiba masa yang sesuai kelak.

"Memang betullah. Boleh bincanglah," kata Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada sidang media selepas menyampaikan ucapan penangguhan Muktamar Tahunan Pas ke-58 di sini, petang ini.

Abdul Hadi ditanya pandangan beliau berhubung kenyataan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berkata, isu jawatan Perdana Menteri bukan "satu masalah."

"Tiada masalah, tak ada apa, kita boleh bincang dengan baik," katanya yang juag Ketua Umum PKR itu ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Konvensyen Halatuju Pendidikan Negara di Universiti Selangor (Unisel), pagi tadi.

Pemilihan calon Perdana Menteri jika PR memenangi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) antara persoalan yang dibangkitkan perwakilan Pas pada Muktamar Tahunan Pas ke-58 yang berakhir petang ini.

Ia dibangkitkan oleh wakil Dewan Ulama Pas Pusat, Hairun Nizam Mat Hussain pagi semalam, susulan kepada kenyataan Penasihat DAP, Lim Kit Siang pada ceramah Himpunan Kebangkitan Rakyat kelmarin.

Hadi seterusnya menjelaskan bahawa bagaimana hendak menetapkan siapa yang akan menjadi Perdana Menteri jika kalah menang seseorang pemimpin itu dalam pilihan raya belum diketahui.

"Ataupun orang yang dicalon itu, dia tak menang pilihan raya. Nak lantik dia macam mana? Lantik jadi senator boleh?" katanya lagi.

Selain cadangan wakil Hairun Nizam supaya beliau dilantik sebagai Perdana Menteri, nama yang disebut-sebut bakal menjawat jawatan itu ialah Anwar.

Ditanya media berhubung pengisytiharan oleh Lim Kit Siang bahawa Anwar adalah individu yang paling layak menjadi orang nombor satu negara, Hadi berkata, "ia dalam ceramah, kita bebas untuk bercakap."

Gesaan Kit Siang itu dibuat ketika Himpunan Kebangkitan Rakyat yang berlangsung di Stadium Sultan Muhammad ke-IV pada malam Jumaat lalu.

Pendapat sama sebelum itu turut disuarakan oleh anaknya, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng awal tahun ini.

2 comments:

  1. Bab lain boleh bincang Yop..Bab PM mati pun Anuar & DAP tak mau bincang. Mike boleh mimpi le Yop selagi masih bersekongkol dengan DApig & PGayR.
    Ini semua wayang nak tarik pengundi..

    ReplyDelete
  2. Pas ni tau ke berbincang. Dengan UMNO pun susah nak duduk bersembang, ini pula nak berbincang dengan peliwat siapa boleh jadi PM. Yang peliwat itu jawatan PM tu memang idaman dia. Tak kan nak kasi free kat PAS. Cakap ikut sedap mulut. Yang dengar semuanya dah kena jual dengan kelentong pembangkang.

    ReplyDelete

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...