Nik Aziz Sembunyikan Kematian Pelajar Sekolahnya Yang Maut Ketika Menjalankan Kerja Parti

KOTA BHARU - Kerana politik manusia sanggup menjadi haiwan, kebenaran sanggup diselindungkan, yang hak sanggup dibatilkan, Islam sanggup dipertaruhkan, budak sekolah sanggup dipergunakan, kononnya menjadi sukarelawan sehingga maut dalam kemalangan, namun tidak ada sebarang ucapan penghargaan, semuanya hanya kerana politik ajaran syaitan...

Pada 13 November lalu, Sinar Harian melaporkan seorang sukarelawan Muktamar Tahunan Pas ke-58 maut di tempat kejadian apabila mangsa melambung selepas motosikal yang ditunggangnya merempuh Proton Waja di Panchor, Pengkalan Chepa di sini.

Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang itu, motosikal ditunggangi Muhammad Hakim Mat Jid, 15, dari Kemumin dipercayai dipandu laju dan gagal dikawal sebelum terbabas dan merempuh kereta yang dipandu Wan Hassan Wan Ismail, 50.

Mangsa yang juga merupakan pelajar Maahad Darul Anuar, Pulau Melaka maut di tempat kejadian dipercayai cedera teruk di bahagian kepala.

Rakannya, Zafri Ahmad, 15, berkata, sebelum kejadian mangsa menaiki motosikal secara berkumpulan dengannya dalam perjalanan pulang ke asrama selepas selesai membuat persiapan muktamar di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (Putik).

Menurutnya, dia menyedari kejadian menimpa Hakim setelah berpatah balik ke Jalan Kemumin untuk mencarinya apabila mendapati mangsa tidak berada dalam kumpulan sama selepas kira-kira beberapa minit menunggu di jambatan Pak Nik Lah.

“Setelah lama menunggu saya mengambil keputusan untuk mencarinya dan saya terkejut apabila sampai di tempat kejadian saya melihat tubuh Hakim terbaring kaku, “katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Superintendan Idris Abd Rafar berkata, kejadian berlaku di Jalan Panchor berhampiran Jambatan Pok Nik Lah, Kampung Petani, Sering melibatkan motosikal jenis Wave dan Proton Waja.

Katanya, mangsa dipercayai cuba memotong di garisan berkembar dan masuk ke laluan bertentangan.

“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Universiti Sains Malaysia untuk bedah siasat,” katanya.
 
Berita ini nampaknya tidak popular, tidak ada seorangpun pemimpin Pas membuat ucapan takziah atau mengumumkan dan mengajak seluruh penyokong Pas dan umat Islam sedekahkan Al-Fatihah kepada arwah.

Kenyataan media mahupun wall FB Nik Aziz sendiri pun langsung tidak menyentuh perkara ini, sepatutnya Nik Aziz perlu bertanggungjawab kerana membenarkan sukarelawan dibawah umur menjalankan kerja-kerja parti sehingga menyebabkan ianya terkorban, dimana tanggungjawab Nik Aziz dan pimpinan Pas ?

Kita tidak ingin membangkitkan hal arwah yang telah meninggal, namun dimana letaknya keadilan ? Menggunakan pelajar melakukan kerja parti ? Pelajar dari sekolah yang dinaungi oleh Nik Aziz, tapi kenapa semua pemimpin Pas bisu mengenai hal ini...
 
Islam disalahgunakan, pelajar disalahgunakan, Stadium disalahgunakan, Wang Tabung Memali disalahgunakan, masjid disalahgunakan, hukum hakam disalahgunakan, segala-galanya diambil kesempatan untuk disalahgunakan demi kepentingan politik

Itulah sikap sebenar Pas, demi kepentingan politik segalanya akan disembunyikan, dan jika tanya Nik Aziz mengenai hal ini berkemungkinan Nik Aziz tidak mengaku bahawa arwah adalah sukarelawan Pas sebaliknya seperti biasa kematian itu akan disalahkan kepada Umno kerana menolak Islam. Anda Mampu Mengubahnya.
Al-Fatihah...

6 comments:

  1. 15 tahun, tunggang motor bawah umur. Nak salahkan sape bila berlaku kejadian sebegini??? Nak minta insuran cover tak boleh, nak saman pemandu yang mungkin langgar dia pun tak boleh, akhirnya mati katak kerana nak bantu parti sesat. Berapa pemimpin hamPAS nak beri sumbangan pada keluarga mangsa???RM10?? Rm20??? Tak mungkin RM1 juta kan. Tanye pork nick eh....

    ReplyDelete
  2. PAS oo PAS... (translate dlm bahasa CROATIA)

    ReplyDelete
  3. KAN DAH NAMPAK KEBERKATAN DOA PAS SUPAYA HANCURKAN......TAPI MEREKA AKAN BERHUJAH, ITU KAN SUDAH AJAL....KESIAN AHLI-AHLI DAN PENYOKONG PAS/PR. TUNGGULAH BALASAN ALLAH KE ATAS DOA KALIAN. CONTOH: SELAMA INI KALIAN MENGADAKAN SOLAT HAJAT MINTA PETUNJUK DARI ALLAH UNTUK MEMPERTAHANKAN ANUAR. HASIL DARI SOLAT2 HAJAT ITU ALLAH TELAH BERI PETUNJUK SATU PERSATU. TETAPI KALIAN MASIH TIDAK MAHU MENERIMA PETUNJUK ALLAH ITU KERANA APA? KERANA TIDAK MEMIHAK KEPADA KALIAN SEMUA KAN? KAN? KAN? KALIAN SEOLAH-OLAH (SAYA TAK TUDUH) BERSIKAP UMAT NABI NOH/NABI LUT DAN UMAT NABI MUSA... WALLAHUALAM.

    ReplyDelete
  4. Ini semua salah UMNO/BN. Kenapa tak pasang AES kat Pangkalan Chepa?

    ReplyDelete
  5. UMNO semua jahat sebab pada namanya tiada perkataan Islam. Pas semua baik sebab pada namanya ada perkataan Islam. Kalu KDN dan Pendaftar arah PAS buang perkataan Islam akan naik hantulah Parti Islam tu dan akan tuduh UMNO nak buang Islam.

    Jika PAS buang perkataan Islam dari parti itu...lepas seminggu PAS akan terkubur.

    Pakai perkataan PAS aje. Kalu nak guna jugak perkataan islam, sebutlah PAS, Parti Islam yang Sesat lagi menyesatkan umat Islam (ada perkataan Islam gak )

    ReplyDelete

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...