Pas Kalut Bekas Timbalan Presidennya Bakal Sertai Umno

Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan (DPPNK) meminta bekas Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharuddin Mat Isa menyatakan pendiriannya dengan jelas samada masih ingin bersama PAS atau membawa haluan yang bertentangan dengan kehendak parti.

"Jika beliau sudah tidak berminat bersama-sama dengan PAS, amatlah wajar untuk beliau meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen Bachok daripada terus menerus mengkhianati amanah yang diberikan oleh rakyat Bachok di dalam PRU12 yang lalu," kata Setiausahanya, Mohd Nuri Mat Yaacob dalam kenyataannya yang dihantar kepada Harakahdaily.

Beliau mengulas kenyataan Nasharudin yang dikeluarkan oleh beliau seperti yang tersiar di dalam Buletin Utama TV3 hari ini di mana beliau mencadangkan agar PAS keluar dari Pakatan Rakyat jika DAP menentang hudud.

Beliau juga dilihat bersama-sama dengan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak di Mekah sedangkan pada awal Ramadhan lalu beliau telah pergi ke sana.

"DPPNK melihat cadangan beliau tersebut hanyalah mengulangi hujah-hujah yang diratib oleh pemimpin-pemimpin Umno selama ini.

"Sedangkan semua pihak sedia maklum bahawa kerajaan pusat yang ditunjangi oleh Umno dan BN lah yang sebenarnya menghalang pelaksanaan hudud di Kelantan selama ini," kata Nuri dalam kenyataannya.

Ditambah dengan sikap beliau yang dilihat pro Umno sejak kebelakangan ini, DPPNK melihat amat wajar untuk beliau membuat pengisytiharan rasmi adakah beliau masih setia bersama PAS atau sebaliknya.

"Jika beliau sudah tidak berminat bersama-sama dengan PAS, amatlah wajar untuk beliau meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen Bachok daripada terus menerus mengkhianati amanah yang diberikan oleh rakyat Bachok di dalam PRU12 yang lalu," katanya.

Bagi DPPNK, katanya, PAS sedikitpun tidak rugi jika individu seperti beliau mengangkat kaki meninggalkan parti. -Harakah.

"Kerana DAP Pemimpin Islam Pas tersungkur"

4 comments:

  1. Angkuhnya orang pas ni bercakap?hassan ali dan ustaz nasha bukan calang2 orang.thamrin tu siapa?aku rasa pas dah besar kepala sejak kawan dap.

    ReplyDelete
  2. Apa kelususan yang ada pada Mahfus aka mr.bean dan Mat Sabu aka Mah muka abang bau ....... Jika dibandingkan dengan Nasha dan Hasan Ali....

    ReplyDelete
  3. memang pas perasan bijak. cer bagi depa perintah malaysia sebulan, tengok apa depa boleh buat? habis-habis ceramah. ceramah sana sini nak tunjuk bijak. orang pandai buat kerja tak pandai bersyarah, tau tak.

    ReplyDelete
  4. pas diambang kehancuran dan kegelapan.

    ReplyDelete

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...