Anwar Bermimpi Lagi, Dengan Yakin Akan Tawan Putrajaya, Jadi PM

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim melahirkan keyakinan memegang amanah sebagai Perdana Menteri sekiranya berlaku pertukaran kerajaan selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Katanya, keyakinan itu diluahkan selepas melihat Pakatan Rakyat (PR) memiliki peluang cerah untuk menawan Putrajaya kerana rakyat kini lebih berfikiran terbuka dalam menentukan ketelusan kerajaan pimpinan.

Masa tu dia (Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak) akan duduk di tempat saya (Ketua Pembangkang), dan saya akan berada di tempat beliau (Perdana Menteri). Kita sudah bersedia sepenuhnya dan sekiranya kita menang kelak, fokus utama PR adalah untuk memulihkan ekonomi negara dengan mengetepikan pembaziran yang berlaku semasa pemerintahan kerajaan Barisan Nasional (BN).

“Datuk Seri Najib Tun Razak dalam pembentangan Bajet 2013 lalu menyatakan seolah-olahnya Kerajaan Selangor tidak bijak menguruskan pentadbiran walhal kita telah berjaya menyelesaikan banyak hutang yang ditinggalkan BN sebelum kita ambil alih kuasa sama juga kejayaan-kejayaan lain yang kita capai di tiga negeri lain (Kedah, Pulau Pinang dan Kelantan) di bawah pemerintahan PR,” katanya di hadapan penyokong pada Program Jelajah Merdeka Rakyat PR di tapak Pasar Malam Bandar Putera, di sini semalam.

Hadir sama, Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim, Ketua Penerangan PKR Selangor, Shuhaimi Shafiei, Presiden Keadilan, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dan Pesuruhjaya Pas Selangor,Dr Abdul Rani Osman.
Anwar berkata, PR mempunyai kekuatan sendiri dalam memperjuangkan hak rakyat tanpa mementingkan ‘kroni’ seperti yang berlaku dalam BN.

“Tidak nafikan BN beri bantuan contohnya Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) tetapi apa bezanya dengan dasar yang digunakan PR? Kita juga jaga kepentingan rakyat cuma yang bezanya di sini, kita tak guna rasuah.

Menyentuh penghapusan Pinjaman Tabung Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN) beliau menegaskan tetap dengan pendirian PR dalam memperjuangkan hak pendidikan percuma yang sepatutnya dinikmati rakyat.

“Kita rakyat Malaysia dan bukannya duduk dalam negara miskin. Tuduhan BN kata kita mahu ajar rakyat tak perlu bayar hutang adalah tidak benar.

“Apa yang dimaksudkan PR adalah hutang PTPTN sahaja kerana sepatutnya menjadi keutamaan kerajaan memerintah negara memberi pembiayaan pendidikan percuma yang akhirnya akan membawa keuntungan balik kepada negara

“PR ada caranya untuk memastikan perkara itu juga perkara-perkara lain ditadbir secara telus tanpa menyebabkan negara jatuh bankrup seperti yang didakwa BN,” katanya.

Sementara itu, Shuhaimi Shafiei berkata, program jelajah yang berlangsung semalam meliputi tiga kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Taman Medan, Dun Andalas dan Dun Seri Muda.

Katanya, jelajah pemimpin PR itu bertujuan berkongsi kejayaan yang telah dilakar PR selama empat tahun pemerintahan dan bakal diteruskan pada 21 Oktober dan 28 Oktober melibatkan keseluruhan 21 Dun dan 12 kawasan Parlimen termasuk Wilayah Persekutuan. -Sinar Harian.

2 comments:

  1. Pernah tak terfikir kenapa Anwar meroyan nak jadi PM dan kenapa US sibuk nak masuk campur hal Malaysia? Anwar sebenarnya tidak ingin menjadi PM ke-6 Malaysia tetapi dia nak akhiri hidupnya dengan menjadi President Malaysia yang pertama. Kenapa US sibuk dengan Malaysia dan tidak negara lain? Jawapannya mudah sebab kita ada sumber minyak(Petronas) dan dengan penguasaan ke atas Malaysia, mereka berkuasa atas pengeluaran minyak kita.

    ReplyDelete
  2. szga@21cn.net;Microsoft murderer YAHUDI 用科技玩人民和杀死明福,要玩Malaysia,ISA和警察。然后在网上讲,网上官员是好人,网上官员用科技玩人民和用声音,弄神弄鬼。玩人自杀和杀人

    ReplyDelete

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...