Hj Hadi Kecoh - Ingatkan DAP Dah Terima Hudud, Rupanya Baru Terima Islam Sebagai Agama Rasmi

SHAH ALAM - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, titik persamaan secara umum telah disepakati apabila DAP menerima konsep yang sudah ada dalam Perlembagaan Persekutuan termasuk kedudukan agama Islam.

Sehubungan itu katanya, Pas sudah cukup menarik untuk memberi ruang perbincangan mengenai isu itu sekiranya memerintah negara kelak.

Bagaimanapun katanya, cara ini tidak boleh dilakukan oleh Umno dengan rakan-rakan karibnya dalam Barisan Nasional (BN).

"Malangnya perbincangan yang masih awal diganggu oleh media arus perdana khususnya berbahasamelayu mengaku Islam, yang sengaja berniat jahat untuk menghalang cita-cita Islam yang diperjuangkan oleh Pas.

"Sekiranya rakyat memberi kuasa dalam Pilihanraya Umum ke-13 kepada Pakatan Rakyat, maka Pas yakin dapat membawa mesejnya dengan sempurna tanpa gangguan syaitan yang dikenali dan tidak dikenali," kata beliau lagi.

Sudah menjadi lumrah dan ia sememangnya sebati dengan kepimpnan PAS apabila membuat 'lending' sesuatu kenyataan dengan kecaman terhadap pihak lain terutamanya media dan UMNO yang disifatkan dengan pelbagai macam syaitan,jin, Orang Utan iblis dsbnya.

Kecaman itu hanyalah untuk menutup kebodohan dan kejahilannya sendiri dengan memperlekehkan orang lain supaya ia dilihat oleh penyokongnya sebagai 'tidak bersalah' atau 'tidak melakukan apa-apa kesalahan' berhubung kenyataan dan tindakan yang dilakukan oleh mereka.

Sepatutnya Hj Hadi perlu ditanya kembali, parti mana di Malaysia ini yang secara zahirnya pernah menyatakan menolak agama Islam sebagai agama rasmi negara, jika penerimaan itu yang dibanggakan oleh Hj Hadi, bermakna sebelum ini benarlah DAP tidak menerima Islam sebagai agama rasmi dan hanya baru sekarang ianya hendak menerima.

Sedangkan MCA yang sudah lama menerima konsep itu tidaklah dibangga-banggakan, dan terbaru Chua Soi Lek turut mengulanginya dengan menegaskan  bahawa parti politik tidak harus disamakan dengan agama.

"PAS adalah sebuah parti politik manakala Islam adalah agama rasmi. katanya

"MCA menegakkan perlembagaan yang menyatakan agama rasmi negara adalah Islam manakala rakyat bebas untuk memeluk agama mereka sendiri," katanya.

So apa masalah ? Anda Mampu Mengubahnya..

1 comment:

  1. PAS ni macam budak Tadika ... Bila capai sesuatu kemajuan dicanang seluruh negara mengatakan dia telah berjaya sambil mengutuk orang lain....padahal orang lain dah melakukan perkara yang sama dari sejak awal...

    1. Negara Kebajikan - PAS baru saja kenal dengan negara kebajikan padahal BN telah menjalankannya sejak dari awal.
    2. Hukum Islam - PAS melaungkan Hukum Islam padahal BN dah menjalankan hukum ISlam sejak lama dulu walaupun tidak menjalankan Hudud (Perlu ingat Hadi sendiri kata semasa menang diterengganu ... Hudud hanya 0.00001 dari keseluruham hulum islam) tetapi telah menjalankan hampir 99.999% hukum islam.
    3. PAS kata UMNO kafir kerana mengekalkan pelembagaan penjajah.. tapi sekarang setuju pulak dengan perlembagaan yang sama
    4. PAS kata bekerjasama dengan kafir itu haram.. sekarang dia juga bekerjasama dengan orang kafir malah kafir harbi lagi.
    5. PAS kata Badwi di negara Arab menjadi gembala kambing tapi Badwi di Malaysia menjadi gembala babi (merujuk kepada kandang babi di NS suatu masa dulu) tapi sekarang Mat Sabu sendiri sanggup makan Babi dengan guan Eng daripada makan ayam dengan Najib malah tak dapat tutup kandang babi dikedah.
    6. PAS kata UMNO tak nak hapuskan Lesen Judi, Arak tapi dikelantan amat mudah mendapatkan arak dan ramai rakyatnya berjudi tapi disebabkan tak ada lesen judi haram dan arak haram bersepah-sepah ... dah jadi dua kali haram
    7. PAS kata dapat mentarbiah DAP untuk menerima Islam sebagai agama Rasmi padahal MCA dan Gerakan telah menerima perkara tersebut lama dahulu.
    8. PAS kata liwat itu haram... tapi menerima Anwar (Peliwat Negara) sebagai pemimpin agung.
    9. PAS kata orang UMNO rasuah ... tapi apa jadi dengan kes diKelantan terbaru yang melibatkan Syarikat IZIZI tu (Nama hampir sama dengan Nik Aziz). Tak boleh nak jawap bila orang tanya ... cakap orang UMNO lagi korup ... Boleh ka jawap macam tu?
    10. PAS kata memperjuangkan agama.. tapi boleh dok jual nama Allah kat Kristian (Mujur ada Utz Harun Din, Hassan Ali yang dok pertahan)
    11. PAS dok sokong Bersih tapi hati masing-masing amatlah kotor.
    12. PAS kata Politik dan Agama tak boleh dipisahkan. Tapi PAS mempolitikkan Agama bukan mengagamakan politik.

    Dah la ... malaih nak tulih lagi...

    ReplyDelete

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...